photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, June 29, 2008

KUIS: Persatuan Anak Negeri Pincang

”GEMPITA, IKATAN, dan PRISMA akan gagal pada malam ini dalam mempamerkan wajah mereka. Nilai sendiri nanti”

Demikianlah SMS yang penulis hantar kepada beberapa orang rakan penulis termasuk seorang anggota MPMKUIS pada malam penutup Ekstravaganza baru-baru ini. Mereka yang menerima SMS ini semuanya tertanya-tanya kenapa penulis kata begitu.

Kewujudan persatuan anak negeri di IPT memang menjadi lumrah. Di UIAM, UKM, UM, UMP, dan lain-lain termasuklah KUIS. Cuma yang berbeza sedikit ialah di KUIS, persatuan anak negeri tidak berdiri sendirian tetapi di atas nama beberapa zon atau wilayah seperti Pantai Timur, Borneo, Utara, Selatan dan Pantai Barat. Ini kerana kita tidak mempunyai jumlah mahasiswa yang melebihi 10 000. Maka kaedah yang terbaik ialah berasaskan gabungan.

Persatuan Mahasiswa Pantai Timur (IKATAN), Gagasan Mahasiswa Zon Tengah (GEMPITA), Persatuan Mahasiswa Islam Borneo (PERMIB), Persatuan Mahasiswa Islam Zon Utara (PERMATA) dan Persatuan Mahasiswa Islam Zon Selatan (PRISMA) adalah persatuan-persatuan anak negeri yang terdapat di KUIS.

IKATAN dengan Terengganu, Pahang, Kelantan dan Thailandnya. PRISMA pula dengan Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura. PERMATA dengan Kedah, Pulau Pinang dan Perlisnya. Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Putrajaya pula di bawah GEMPITA. Negeri-negeri Malaysia Timur iaitu Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam dinaungi PERMIB.

Oleh itu, di sinilah membuatkan peranan pemimpin persatuan anak negeri tampak nyata bagi mengimbangi keahlian yang tidak seimbang antara anak-anak negeri yang dipayungi masing-masing dan bagaimana untuk mempamerkan wajah persatuan masing-masing dalam erti kata yang sebenar.

Penulis ambil contoh PERMIB, anak jati Sabahlah yang paling ramai menjadi ahlinya diikuti Sarawak. Keanggotaan anak Brunei dan Labuan pula kadang-kadang tiada langsung. Jelasnya, keanggotaan PERMIB tidak seimbang.

Contoh lain pula, IKATAN. Kita maklum majoriti keanggotaannya ialah anak-anak Kelantan (memang menjadi adat turun-temurun, kebiasaan anak Kelantan berkelana di negeri orang menimba ilmu). Anak Pahang, Terengganu dan Thailand hanyalah golongan minoriti.

Apa yang ingin penulis tekankan di sini ialah wajah sebenar persatuan anak-anak negeri sememangnya gagal dipamerkan. Yang ada sekarang hanyalah ketidakseimbangan.

Lihat sahajalah IKATAN. Penulis yakin jika ditanya kepada masyarakat kampus, pasti mereka akan menjawab IKATAN hanya berwajah Kelantan. Jadi, bagaimana dengan Terengganu, Pahang dan Thailand.

PRISMA begitu juga. Yang jelas kepada kita ialah ke-Johor-an. Kemana perginya wajah Negeri Sembilan, Melaka dan Singapura?

Nah, di sinilah permasalahan yang dihadapi oleh persatuan anak negeri. Hampir kesemuanya berdepan dengan masalah yang sama.

Adakah IKATAN itu persatuan anak negeri Kelantan sahaja? Adakah PRISMA persatuan anak negeri Johor? Adakah negeri-negeri seperti Pahang, Terangganu, Melaka dan seumpamanya tidak memiliki wajah, kesenian dan kebudayaan yang tersendiri?

Sudah lama penulis membangkitkan perkara ini kepada teman-teman. Bahkan penulis (selama 2 tahun sebagai anggota MPPKUIS) telah menggesa beberapa pemimpin persatuan anak negeri bagi memperbetulkan ketidakseimbangan ini. Jika tidak, anak-anak negeri lain (golongan minoriti) akan hilang keyakinan kepada persatuan anak negeri masing. Natijahnya mereka tidak berminat untuk memakmurkan persatuan.

Malaysia ini kaya dengan warisan, seni dan budaya Melayunya terutama Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia). Johor terkenal dengan zapinnya. Negeri Sembilan dengan Adat Perpatih; Minangkabau. Pahang dengan gurindam dan Joget Pahang. Terangganu dengan Ulek Mayang. Joget Lambat sinonim dengan Perak. Begitu juga dengan yang lain-lain negeri.

Jadi, mengapa kita seperti ketandusan seni dan budaya. Atau adakah kerana golongan terbanyak bimbang status quo mereka terhakis. Perkara ini perlu diteliti dan diperbaiki oleh pemimpin mereka.

Pengalaman sebagai Pengerusi Sekretariat Lajnah dan Persatuan MPPKUIS dahulu memang banyak mengajar penulis. Sebagai anak jati Pahang pastinya IKATAN ialah persatuan anak negeri penulis. Tetapi adakah ini bermakna penulis kena melebihkan IKATAN daripada yang lain terutamanya ketika Ekstravaganza. Begitu juga dengan Lajnah Usuluddin dan PMFPPI kerana penulis dari jabatan dan fakulti tersebut. Sekali-kali tidak. Penulis bertanggungjawab kepada seluruh lajnah dan persatuan.

Bertolak dari sinilah, penulis bersuara dengan suara yang mengambil kira semua pihak. Bukan berpuak-puak. Misalnya jika penulis perlu katakan itu bukan hak Lajnah Usuluddin, maka penulis tetap berkeras mengatakannya walaupun penulis sebahagian daripada Lajnah Ususluddin itu sendiri. Double Standard tidak timbul.

Justeru, pemimpin persatuan anak negeri juga perlu bersikap dengan saksama. Sebagai orang mengepalai persatuan, kalau kita anak Kelantan sekalipun, carilah inisiatif bagaimana caranya untuk kita berwajah dengan wajah Pahang, Terengganu dan Thailand. Begitu juga dengan Johor. Zapin bukanlah satu-satunya seni dan budaya PRISMA.

Penulis sangat berharap selepas ini wajah persatuan dari aspek seni dan budaya terutamanya menjadi seimbang serta melambangkan aspirasi sebenar sama ada IKATAN, PERMATA, PRISMA, GEMPITA dan juga PERMIB. Ini akan memperlihatkan yang kita tidak ketandusan budaya bahkan kaya dengan wajah-wajah Malaysia.

Demi kepentingan semua dalam jangka masa panjang, pemimpin-pemimpin persatuan anak negeri perlu ambil tindakan yang progresif dan efektif sesegera yang mungkin.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

3 comments: on "KUIS: Persatuan Anak Negeri Pincang"

nory izecson said...

salam..
actually me n adeq is a same person..but it is not the things that i wanna to tell u..kali ini sy ingin mngatakan pd sdr yg sy berstuju sratu peratus dgn tulisan sdr..krn sy sndiri mlihat kpincangan n ketidakstabilan persatuan2 anak negeri yg dtubuhkan..seakn2 berlaku sifat knegerian n semangat assabiyah d klangan mreka terutamnya pljr d ngeri2 pantai timur..bknlah hndak menuduh atau menuding jari pd sesiapa..tp itulah knyataan yg dpt kta lihat dr pandangan mata kasar..kdg2 sy melihat tiada persefahamn n kerjasma antr negeri2yg berpayung d bwh persatuan anak negeri yg sma..misalnya PRISMA..yg mna ahlinya terdiri drpn negeri sembilan,melaka,johor n singapura..
kta dpt melihat dgn jelas dr aktiviti yg djalankn,kurangnya penglibatan dr negeri sembilan n melaka berbanding johor n singapura yg lbih byk 'bergerak' n aktif dlm mghidupkan program2 yg djlnkn d bwh nma persatuan mereka..ini sendiri diakui oleh teman sy yg jga anak jati org nogori..mgknkh faktor penyebab ketidaksefahamn ini disebbkan perbezaan budaya??actually itu adalah mslh yg sgt remeh utk dbangkitkn..because apa jua perbezaan sekalipun,we all malaysians..kta tetap rakyat malaysia yg mkn nasi setiap hari n bertutur bahasa melayu..erm,mayb singapore not included..but in whatever reason skali pun,kta x boleh jdkan perkara seremeh itu sbg batu penghalang utk mwujudkn perpaduan n kerjasama d atr semua pihak..mgkn persatuan GEMPITA agak 'selamat' krn kbyakan negeri yg bernaung d bwhnya tidak mempunyai banyk perbezaan..yg membezakan hanyalah jarak n tempt tggl..misalny ngeri selangor n kuala lumpur..kalu kta lihat,tiada byk perbezaan atr negeri2 tersebut..yg membezakan kdua2 ngeri ini cuma kmajuan n infrastrukturnya saje..justeru tidaklah sesukar mna jika kta hendak mewujudkan kerjasama atr setiap ngeri..krn msg2 mmahami cra msg2..negeri perak n wilayah persekutuan putrajaya pn tiada bezanya..sama saje..tp itu bknlah bermkna sy hndk memnuji persatuan sendiri..nnt ada pula yg mngatakan,'masuk bakul angkat sendiri' plak..kdg2 sy lihat,ada jga berlaku perselisihan faham d atr ahli2 kami..apatah lg sy ni adlh ajk negeri,maka pastinya situasi ini menjadi pemerhatian sy..tp sjujurnyalah sy ktakan,kta x perlu menuding jari pd sesiapa mahupn mencari kesalahn mna2 pihak..ckuplah kta mencari solution utk menyelesaikn mslh ni..pd siapa yg perlu kta hrpkan???of course pemimpin yg tlh dipertanggungjwbkn utk menggals tugas sbg pengerusi d setiap persatuan anak negeri!!knp sy mngatakn begitu??krn mereka adlh leader!!sbg seorg pemimpin,mereka harus bijak mengawal tindak-tanduk anak2 buah mereka..mampu mengawal keadaan dgn sebaiknya..mampu mewujudkn perpaduan n persefahamn d klangn anak2 buahnya..kalu mereka x mampu mlakukn perkara spt e2,apa perlu mereka dilantik sbg pemimpin??mereka x boleh beri alasn anak buah mereka degil, xdengar arahan..itu adlh alsan basi yg jelas sekali mnunjukkan kelemahan diri sbg pemimpin..bknkh sbg pmimpin,dia mpunyai hak n kuasa utk mengawal anak2 buahnya.. contohilah sifat2 kpimpinan yg ada dlm dri Rasulullah s.a.w.. bagaimana baginda berjaya mentadbir kota madinah dgn bijaksana n saksama meskipun terpaksa berhadapan dgn pelbagai rintangan..selain berjaya mwujudkn keamanan meskipun rakyatnya terdiri drpd pelbagai bangsa n agama..ok,mgkn kta boleh mngatakn yg baginda itu sempurna sifat n akhlaknya,cerdas akal n fizikalnya..jd siapalah kta kalu nk dbndingkn dgn baginda..tp setidak-tidaknya,kta ambil lah sdikit ciri2 kpimpinan yg ada dlm diri baginda..bknkh baginda Rasullulah s.a.w itu adlh contoh tauladan spnjg zaman??sdr lbih mngerti sjrh hidup Rasullulah krn sdr bljr usuluddin berbanding dgn sy,yg mgkn xmemiliki ilmu pengetahuan agama yg mendlam spt sdr..malas hendak memanjangkn lg tulisan ini,sy rsa pengerusi setiap persatuan ataupn lbh jelas PEMIMPIN yg seharusnya dipersalahkn andai wujudnya mslh spt ini..krn mereka adalh PEMIMPIN..kebagusan n keberkesaan ssebuah pengurusan itu terletk pd kebijaksanaan pmimpinnya..it's a fact..we cannot argued about that..anda pernah lihat the apprentice???prkr utama apa yg perlu ada pd candidates yg bertanding utk menarik perhatian donald trump??LEADER..keupayaan utk memimpin..cri2 kpimpinan yg ada dlm diri individu terbabit..
of course la..kalu x,xkn la org kafir 2(donald tpump)nk bg org yg xlyk jd pmimpin mengetuai syarikat besarnya???kang habis lingkup syarikat dia..lastly,sbg mengakhiri tulisan ini,sy ingn mngatakn..ya,memg semua org boleh jd pemimpin..tp berapa kerat sje yg mampu menjadi seorg pemimpin yg baik????fikir-fkirknlah..

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Memang benar apa yang saudari perkatakan itu. Semuanya bertitik tolak daripada pemimpin organisasi itu sendiri. Dialah yang mencorak wajah dan gerak kerja organisasi yang diterajuinya.

Sebab itu, saya tegas menyatakan Persatuan Anak Negeri pincang dan tidak kena gaya.

Yang dapat kita lihat sehingga saat ini ialah monopoli kepuakan dan menafikan hak yang lain sedangkan mereka juga adalah sebahagian daripada organisasi.

Saya yakin jika ini diperbetulkan, kita akan dapati kemakmuran dan keharmonian subur melata. Akhirnya, semua pihak mampu menarik nafas lega.


arrazzi alhafiz
KHADAM MAHASISWA

nory izecson said...

salam..
trima kasih d ats komen sdr.. sbnrnya ble sy kerap m'perktakn kredibiliti n tanggungjawab seorg pmimpin,bknlh bermksd sy ni adlh anti pemimpin..ataupn cemburu dgn sanjungan n penghormatan yg dterima oleh sseorg pemimpin..lgsg tiada fikirn kotor spt itu d hati sy..sy cma menyuarakn pendapat sy mnurut apa yg sy lihat dlm ssuatu situasi yg berlaku, keadaan perskitaran ataupn isu n mslh yg timbul..sy x mngatakn ssuatu yg sy sndri x m'punyai kpastian atau pngetahuan tntangnya..sy sndr spt sdr byk meneroka cbg ilmu pengetahuan..xkira la melalui pembacan ataupn kepekaan kpd isu2 semasa n hal ehwal dunia..tp mgkn ada tulisan sy yg agak kurang enak dbaca n kterlaluan..spt sy myentuh tntg sikap n kburukn pemimpin yg dlantik dlm tulisan sy sblm ni.. sbnrnya apalh hak sy utk m'prkatakn kburukn org lain sdgkn dr sy sndr tidak smpurna..apakh sy berhak membuka keaiban org lain sdgkn sy sndr byk cacat celanya.. sbnrnya blog ini bukanlah tmpt utk kta bertelingkah ssama sndri..tp lbih kpd berkongsi2 pendapat atau idea tntg isu2 yg dbgkitkn..kta x perlu menjadi terlalu emosi atau bertindak ekstrem utk mnunjukkn ktidakpuashatian atau ketidaksetujuan tntg ssuatu perkara yg dperkatakn..ya,sy mnyedari ksilapn sy..nobody's perfect..lgpn sy sdr,andai sy dbri hak n tugas sbg pmimpin,adkh sy dpt mlaksanakn tggugjwb tersebut dgn baik??bkn mudah utk menggalas tugas sbg pmimpin..ia mmerlukan ksabaran n kkuatan yg bkn sdikit.. kta sndr bleh mmahami mgapa dlm islam lelaki lebih lyk menjadi pmimpin berbanding perempuan.. actually,bg sy perkataan pmimpin itu xterhad atau terbatas pd ssuatu jawatan tertentu..mksd sy,x smestinya sseorg yg mnjwt jwtn sbg pengerusi atau presiden dgelar sbg pemimpin..skiranya kta perhalusi spenuhnya mksd pmimpin itu,kta dpt mlihat skop yg lbh luas..mksd sy, sseorg itu lyk dgelar pmimpin ble dia dberi amanah atau tggugjwb utk mmimpin..misalnya spt ketua kelas atau ketua kmpulan..bg sy dua2 ni adalh pmimpin..sbb mreka tlh dberi tugas n kpercayaan utk mengetuai ssuatu klompok,jd scara automatiknya,mreka lyk dgelar sbg pmmpin..justeru,bg sy semua mpm itu adalah pemimpin..bkn presiden atau pengerusi saje..sy mngatakn ini bknlah sbb nk mncari ksalahn mpm2 kuis..tidak sma skali..sy tau mereka sume m'jlnkn tugas msg2.. mgkn sbilangn student kuis x mlihat dgn jelas tugas yg djalankn mahupn effort yg dcurahkan oleh barisan mpm ini sume,jd mudah bg mreka utk mgeluarkn kta2 kejian atau hinaan atau mngatakn prkara yg tidak spatutnya,yg mereka hanya dgr melalui kta2 org atau mgkn mreka hanya mnyimpulkn ssuatu drpd apa yg mreka lihat mlalui persekitaran yg terhad..sy byk mndgr 'ckp2 blkg' tntg sdr..tntg kpimpinan sdr n bermcm2 lg..sy mngaku,ada sbahagian sikap sdr yg kurg sy senangi n x bape sy gemari..sy rsa xperlulah sy nyatakn d sni..cma sy rsa sdr memg m'punyai cri2 sbg seorg pmimpin.. sdr menepati kriteria yg dperlukan utk mnjadi seorg pmimpin y baik.. berilmu,bijak mnyusun kta2,pandai berhujah,mempunyai pegetahuan yg bagus tntg ssuatu isu or... slbihnya sy xtau la..sbb sy xbape mngenali sdr..sy cma mnilai sdr drpd apa yg sy lihat mlalui pndgn scara external..erm, mgkn sdr ada bberapa klemahn,tp itu sume bleh dtampungi dgn baik n dperbaiki.. honestly,sy mengenali dgn rapat beberapa mpmkuis baik mpp sesi 06/07 mahupn mpm sesi 07/08..jd sy tau,mreka sume adalh individu yg bgaimana..bg sy mreka memg lyk mmegang jawatn sbg pmimpin..