Tuesday, May 27, 2014

Halal Haram: Isu DNA Babi Pada Produk Cadbury

Pada mulanya saya hanya memerhatikan sahaja. Tidak bercadang untuk bersuara. Namun lama kelamaan isu DNA babi yang mencemari produk Cadbury nampak semakin menggila dan masyarakat awam memberikan respon yang jauh dari disiplin ilmu, maka saya tidak mampu lagi berdiam diri, sekadar memerhati.

Cadbury Malaysia
Prinsip saya mudah. Selagi tiada kenyataan rasmi, belum disahihkan, saya tidak akan melayan apalagi mewar-warkan kepada yang lain dan ulas. Saya bimbang ianya fitnah atau sabotaj. Dalam industri, perkara sebegini adalah biasa, tidak pelik.

Kemudian media melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan perkhabaran tersebut dan JAKIM selaku badan yang bertanggungjawab terhadap pensijilan halal Malaysia menyusul kemudiannya.

Hasil daripada analisa yang dibocorkan dapatlah kita mengeluarkan beberapa noktah (point).

1. Keputusan analisa bertarikh 27 Februari 2014
2. Sampel: Coklat susu dengan kacang hazel – Cabbury Dairy Milk
3. Ulasan: DNA khinzir (porcine) dikesan
4. Tiada akreditasi SAMM
5. Keputusan analisa berdasarkan sampel yang diterima

Merujuk kenyataan JAKIM, audit halal terakhir dijalan di premis ialah pada 20 Februari 2014. Ini bermakna sampel ini diambil dan dianalisa seminggu selepasnya. Sampel di ambil di pasaran.

Analisa yang didedahkan

Pembocoran Keputusan Analisa

Analisa ini dibocorkan melalui laman sosial dan menjadi viral. KKM hanya membuat kenyataan dan tindakan setelah 3 bulan berlalu. Berbeza dengan JAKIM yang mengadakan mesyuarat tergempar pada hari mereka menerima kenyataan rasmi daripada KKM. Saya tertanya-tanya apakah KKM memandang remeh isu halal haram yang jenis bukan sahaja umat Islam terkesan bahkan imej Malaysia yang bercita-cita menjadi Hab Halal Dunia turut dicemari.

Sepatutnya KKM terlebih dahulu bermesyuarat dengan JAKIM. Siapalah pegawai yang membocorkan maklumat yang tidak ranum, tak tentu sahih.

Makmal Tanpa SAMM

Rujuk Jabatan Standard Malaysia

Perhatikan lagi. Tertera “Tiada akreditasi SAMM”. SAMM akronim bagi Skim Akreditasi Makmal Malaysia. Akreditasi ini dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). “SAMM only accredits those facilities that meet all its criteria for testing competence and sound laboratory practice” supaya “The test was done in accordance with the stated specification, test or calibration method and correct test environment.”
Ini juga bermaksud mana-mana makmal yang tidak memenuhi standard yang ditetapkan dari sudut peralatan, makmal dan kepakaran sememangnya tidak mendapat SAMM. Bahasa mudahnya, tidak layak.
Persoalan yang berlegar-legar di kepala saya ialah bagaimana etika kerja KKM bergantung kepada makmal yang tidak punya kompetensi? Bukankah nanti boleh dipertikaikan? Isu besar sebegini apalagi melibatkan kemaslahatan ummah pasti besar kesannya. Bukankah sepatutnya sepatutnya Ketua Pengarah Kesihatan KKM menunggu terlebih dahulu keputusan analisa daripada makmal yang diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia, MOSTI?
JAKIM menghantar sampal ke Makmal Jabatan Kimia Malaysia. Ia merupakan makmal rasmi yang digunakan oleh Jakim/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Makmal Jabatan Kimia ini juga telah diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisa makanan selain mendapat akreditasi dari Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk bagi pengujian produk makanan terproses (highly processed food).
Sampel Cadbury 
Kenyataan KP JAKIM; “Jakim telah menghantar sampel kedua-dua produk berkenaan dan produk-produk lain dalam aliran pemprosesan (processing line) yang sama di kilang tersebut ke Makmal Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan pengujian.”
Ini berbeza dengan KKM yang menganalisa sampel di pasaran. Bukankah ia boleh terdedah kepada sabotaj?
Jika kita berniaga, mana yang puas hati antara orang ambil sampel produk kita di tangan orang lain dengan ambil dari tangan kita sendiri?
JAKIM Culas Isu Halal Haram?
Ramai mengomel itu dan ini. “JAKIM tak buat kerja!”,” JAKIM kerja macam UMNO”, “KKM lebih bagus dari JAKIM”.
Saya tidak menyebelahi mana-mana. Saya bercakap tentang SOP dan praktis kerja.
Prosedur audit pensijilan halal mesti dilakukan sekurang-kurang dua (2) orang auditor; Pegawai Syariah dan Pegawai Teknikal. Pegawai Syariah daripada JAKIM atau JAIN manakala Pegawai Teknikal daripada KKM (melibatkan makanan, barang gunaan dan farmaseutikal) atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV, sekiranya berkaitan rumah sembelihan). 
Jika JAKIM melakukan audit tanpa pegawai teknikal, maka audit itu tidak sah dan ditolak. Audit pensijilan halal bukan hanya mengambil kira aspek Syariah semata-mata bahkan teknikal sekali. Maka itulah, menjadi syarat untuk 2 pegawai (syariah dan teknikal) terlibat cakupi dua aspek tersebut.
Pelik benar jika KKM tidak tahu SOP ini. Apalagi ia melibatkan pegawai KKM sendiri. Untuk rekod, Ketua Auditor Halal di JAKIM sekarang ini pun ialah pegawai teknologi makanan KKM.
Isu DNA Babi
DNA babi boleh mencemari makanan melalui beberapa cara. Cuma nak dipasti kemasukannya secara sengaja (ramuan dan aditif itu sendiri) atau tidak.
Sepatutnya semua pihak perlu menunggu analisa daripada Makmal Jabatan Kimia Malaysia itu nanti.
Bagi memudahkan pemahaman umum, saya bagi dua situasi.

Pertama: Katakanlah anda ada besen dan besen itu pernah dicelup anjing. Anda sucikan ia sebagaimana yang diajar Islam. Kemudian gunakan besen itu sebagai bekas menguli tepung untuk buat mi kuning. Katakanlah juga sampel mi kuning itu ada pelanggan hantar ke makmal dan dikesan DNA anjing (sudah tentulah ada). Akhirnya anda dituduh mengkhianati kepercayaan pelanggan kerana menjual mi kuning yang ada DNA anjing. Tidakkah jatuh terjelupuk kita dibuatnya?

Kedua: Duit dalam poket kita boleh jadi sebelum ini berada di tangan penyembelih atau penjual daging babi. Seterusnya bertukar tangan, bertukar tangan sampailah kepada kita. Kita pegang dan simpan dalam dompet. Kemudiannya kita uli tepung untuk buat donat, kasui dan lain-lain. Kalau kita hantar ke makmal, sudah tentu DNA babi dikesan kerana pencemaran silang telah berlaku tadi. Solat jadi tak sah? Makanan kita jadi haram? Kena kumur air tanah? Kena cuci darah? Anak-anak kata kita khianati mereka kerana hidang makanan ada DNA babi?

Penting untuk diingatkan, samak (istilah yang betul, sertu) bukanlah tujuannya menghilangkan DNA anjing pada badan atau peralatan. Ia hanyalah amalan yang diperintahkan agama. Samaklah 100 kali pun, DNA itu tetap ada. Bagaimana nak hilangkannya? 

Kalau pada tangan, bakarlah tangan tu. Saya bukan bergurau ni. Saya bersungguh!

Ada Qawaid Fiqhiyyah dalam isu ini.
Al-ashlu baqou ma kana ‘ala ma kana (Hukum asal adalah ketetapan yang dimiliki sebelumnya)
Al-yaqinu la yazalu bi asy-syak (Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak)

Tulisan saya ini boleh ditolak dan dibahaskan lagi. Faktor mengejar masa atas desakan rakan-rakan mungkin ada aspek yang saya lupa dan tak sempat untuk sentuh.
Saya tutupi tulisan ini dengan fatwa Negeri Selangor berhubung isu DNA babi bertarikh 20 Disember 2012.
HUKUM PENCEMARAN ASID DEOKSIRIBONUKLIEK (DNA) BABI PADA PRODUK MAKANAN YANG DISAHKAN HALAL : PENELITIAN DARI ASPEK SAINS DALAM MENENTUKAN KAEDAH PENYELESAIANNYA MENGIKUT ASPEK SYARAK

1.      Produk makanan atau minuman yang telah dikaji secara terperinci dan semua ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya telah disahkan sebagai bersih, suci dan halal serta telah menjadi bahan makanan dan minuman umat Islam secara meluas, tetapi kemudiannya didapati produk tersebut mengandungi bahan-bahan najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, maka adalah harus bagi umat Islam mengambilnya sebagai makanan atau minuman kerana kandungan asal produk tersebut adalah halal.
2.      Bagi bahan-bahan peralatan pemprosesan yang telah melalui proses samak seperti yang ditetapkan oleh syarak dengan pemantauan/penyeliaan pihak berkuasa agama, tetapi masih lagi didapati mengandungi DNA babi, proses samak tidak perlu diulang lagi.
3.      Keputusan ini adalah berdasarkan pensyariatan Islam yang tidak mentaklifkan kepada manusia apa yang mereka tidak memperlakukannya atau membebankan dan menyukarkan mereka. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : Allah Taala menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu.

Wallahu a'lam.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

22 comments: on "Halal Haram: Isu DNA Babi Pada Produk Cadbury"

Asyraff Muhammad said...

Alhamdulillah, rasa "kenyang" dgn ulasan ustaz , thank you!

Mohd Firdaus Firdaus said...

Alhamdulillah...... TQ ustaz....

Mohd Firdaus Firdaus said...

Alhamdulillah...... TQ ustaz....

Syamsul Kamar said...

Mintak maaf. Untuk pengetahuan lab berkenaan berstatus ISO 17025 dan berakreditasi SAMM. Report tu kata. Kalau ade tanda (*) pada no siri di method baru boleh kata tiada SAMM. Tapi sekarang tiada tanda (*) di method. Boleh rujuk Makmal berkenaan. Jangan tuduh melulu kalau kita tak bekerja di makmal.

hafeez79.seman@gmail.com masterji said...
This comment has been removed by the author.
hafeez79.seman@gmail.com masterji said...

Saya rasa mmg ada unsur sabotaj kepada industri halal negara dan pengalihan isu dengan menggunakan isu DNA Babi ni. Paling utama sekolahkan balik PPIM n ngo yang membuat isu ni jadi panic. I. Anyway tahniah ustaz atas pencerahan.

hafeez79.seman@gmail.com masterji said...

Untuk pencerahan Tuan Syamsul Kamar, maklumat tuan mengenai makmak tersebut diakreditasi mmg benar. TAPI akreditasinya adalah untuk produk haiwan n ikan. Bukannya produk makanan seperti coklat ni. Elok tuan semak semula.

hasdi nordin said...

kebanyakan contoh yang di beri di atas adalah tak sengaja dan bukan dengan tujuan mencampurkan babi....tapi dalam kes coklat ni,DNA babi di masukkan secara sengaja,berkala dan tetap untuk semua keluaran.........adakah kita masih boleh pakai hukum al-balwa ni?

Jejari Ajkhan said...

sebelum tahu,selepas tahu dua keadan yg berbeza fikirlah sendiri......
#isu yg ada jalan penelesain tapi dirumitkan hanya kerana emosi...

hafeez79.seman@gmail.com masterji said...

Sehingga kini Hab Halal Jakim tidak pernah ada makmal sendiri. Makmal yg digunakan adalah Makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya. Makmal tersebut pula dikendalikan oleh pegawai makmal yg tiada kaitan dengan Hab Halal Jakim. Sehingga kini makmal tersebut je yg diakreditasi utk ujian dna ni. Makmal KKM yg mengeluarkan keputusan awal tidak diakreditasi utk ujian dna produk makanan seperti coklat, tp utk produk ikan n daging. Cadbury juga melantik eksekutif halal berbangsa melayu dan beragama islam bagi memastikan aspek halal tiada kompromi. Kenyataan memasukkan dna babi secara sengaja dan tetap merupakan fitnah yg nyata pada saya. Sekiranya tuan hasdi punya bukti kelakuan itu sila kemukan kepada pihak berautoriti. Macam mana nak masukkan dna babi secara sengaja, sedangkan dna babi bukan sesuatu yang boleh dipegang atau dirasa dalam bentuk fizikal. Jangan sampai jadi Fitnah. Padang masyar terlalu luas utk kita cari mangsa fitnah kita.

hasdi nordin said...

terima kasih atas pencerahan dan penjelasan terakhir ini........akhirnya saya faham sepenuhnya.........asas kepada masalah ini adalah fitnah.......sebelum ini takde siapa pun bagitau kat saya ini adalah fitnah......apabila kkm membuat pengumuman,diikuti pula tindakan dari jakim,disusuli pula penjelasan dari majlis fatwa,saya ingatkan ia adalah benar.......jadi ia fitnah semata-mata

Izam Osman said...

Kepada yg tidak tahu alhamdulilah ustaz memang halal.. tapi sekarang dah tahu..tapi mkn juga bagaimana ustaz.. biar pun sampel telah di ambil dan di buat analisis sekali lagi dan menunjukan tidak ada DNA demikian.. tapi bagaiman pulak kemudian hari.. di mana kita tshu perkara itu tidak mustahil berlaku lagi ??

Mohd Nazri said...

Bermakna dipasaran ada yg bercampur dna babi dan ada yg tidak la ye...

melvtec said...

nasib baik banyak lg makanan halal :)

Tamat Sarmidi said...

Adakah berkemungkinan wujudnya cadbury tiruan?

Tamat Sarmidi said...

Adakah berkemungkinan wujudnya cadbury tiruan?

Qalam Fajr said...
This comment has been removed by the author.
hafeez79.seman@gmail.com masterji said...

Fatwa Kebangsaan telah menetapkan produk yang berada dipasaran tergolong di dalam umum albalwa. Dimana keadaan produk tersebut tak boleh elak drpada berlakunya pencemaran. Sama konsepnya dengan najis cicak dekat surau n masjid. Adakah perlu kita memeriksa karpet tersebut hingga ke DNA baru setuju bahawa ia bersih dr najis? Islam mengajar hilangkan bau rasa dan warna maka bolehlah solat ditempat tersebut. Dalam isu cadburu di pasaran mapukah kita tahu sudah berapa orang memegang produk tersebut, dengan kenderaan apa ia dihantar atau bagaimana proses simpanannya sebelum ini. Maka dengan ini Islam memberi penyelesaian yang sangat indah dan praktikal kepada umatnya. Dengan kaedah umum al balwa ini bagi perkara diluar kemampuan kita dapat diselesaikan. Islam tu mudah dan Islam itu menyelamatkan.

Mohd Khairul Anwar Zahri said...

Terima kasih Ustaz di atas penjelasan berkenaan isu ini.

gbang said...

Sekiranya arab saudi sendiri manrik semula semua produk cadbury dr malaysia setelah dilakukan ujian DNA, dan mengeSAHkan ada DNA babi dlm tu. Perlukah kita abaikan?