photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, November 11, 2008

KUIS: Biar Ianya Subur

Semalam saya mencuri-curi masa untuk membuat sedikit pemerhatian akan fenomena blog di kalangan mahasiswa KUIS terutamanya kepemimpinan.

Pautan demi pautan. Satu persatu saya kunjungi untuk melihat dan merasai sendiri impaknya. Alhamdulillah, satu perkembangan yang sangat cantik dan molek untuk proses kemahasiswaan sejagat. Hasil penulisan yang dicurahkan ke dalam blog masing-masing mempamerkan corak pemikiran dan lenggok bahasa yang tersendiri.

Saya yakin hasil interaksi dengan khalayak pembaca dan rakan-rakan blogger memberikan satu pengalaman dan pengetahuan yang mematangkan mereka. Mereka mula belajar bagaimana untuk meningkat dan memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang ketara dalam setiap penulisan. Sebenarnya bukan itu sahaja, ia juga membuahkan rasa semangat dengan sokongan dan dorongan dari interaksi itu tadi. Maka bercambahlah penulisan-penulisan yang kreatif dan kritis serta kritikal dalm membicarakan satu-satu isu.

Syukurlah apa yang saya mahu lihat pada mahasiswa KUIS satu ketika dahulu, kini saya benar-benar berkesempatan untuk melihatnya. Budaya intelek dan inkuiri yang baik.

Moga lapangan maya ini disuburhidupkan dengan penulisan-penulisan masyarakat kampus yang ghairah berbicara dan berkomentar tanpa membelakangkan akhlak dan adab Islam.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KUIS: Biar Ianya Subur"