photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, November 16, 2008

KUIS: Bila Presiden Rasyidi Beri Signal

Nasihat buat yang lama, panduan buat yang baru.

Itulah yang saya simpulkan apabila membaca tulisan terbaru Presiden Rasyidi yang sarat dengan mesej kepada kepemimpinan mahasiswa. Presiden Rasyidi mengambil satu elemen dari sirah nabawiyyah untuk kita sama-sama muhasabah. Menghitung setiap niat dan tindakan masing-masing.

Setahun beliau menduduki kerusi no. 1 badan tertinggi mahasiswa itu, pastinya sekian banyak pengalaman dan pengajaran yang sudah ditimba buat bekal untuk membangunkan ummah nanti.

Saya tidak bermaksud untuk menghurai dan membahaskan satu persatu intipati penulisan Presiden Rasyidi. Itu saya serahkan untuk renungan khalayak pembaca dan warga KUIS.

Namun yang pastinya, kepemimpinan mahasiswa harus menyelami dengan baik mesej tersurat dan tersirat daripada beliau. Apalagi bakal-bakal pemimpin yang mahu mengambil alih kepemimpinan yang cuma berbaki kurang lebih sebulan sahaja lagi.

Saya kira mesej Presiden Rasyidi sangat jelas buat ingatan dan tatapan semua. Presiden Rasyidi sudah memberikan signal, siapa lagi yang tidak faham?


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KUIS: Bila Presiden Rasyidi Beri Signal"