photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, November 4, 2008

KUIS: Inilah waktu dan ketikanya

4 November - Semalam sekali lagi saya berkesempatan meluangkan sedikit masa di KUIS untuk bertemu Tuan Presiden MPMKUIS atas urusan perniagaan. Sempat juga saya masuk PKK. Itupun atas ajakan Tuan Presiden. Saya mengambil tempat di belakang bersama beberapa fasilitator. Berkebetulan semalam adalah Hari Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Oktober.

Melihat anak bangsa bersemangat untuk belajar membuatkan kepenatan saya tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Apalagi di kampus universiti islam tercinta.

Inilah mad'u. Prospek dakwah kita. Mereka pastinya tagih bimbingan dan tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman. Maka kesempatan inilah perlu direbut untuk membina diri mereka menjadi antara peribadi-peribadi yang faham akan peranan mereka sebagai ummat Islam apatahlagi di zaman yang penuh mencabar ini.

Yang pastinya ia tidak semua ABC. Ia memerlukan kesungguhan dari kedua-dua belah pihak. Dai'e dan mad'u. Penyeru dan orang yang diseru.

Prinsip 20 yang diutarakan oleh As-Syahid Imam Hasan Albanna perlu kita pegang dengan baik. Prinsip Pertama, Faham. Inilah yang seharusnya ditanam dan disuburbiakkan di dalam pemikiran mereka. Percayalah, jika ia berhasil maka yang seterusnya akan datang dengan sendirinya dengan begitu mudah.

Pokok pangkalnya, sudah bersiapkah kita untuk memacu gerakan ini? Hakikat yang perlu disedari seperti kata As-Syahid Imam Hasan Albanna, al-wajibat aktharu min al-auqot (kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita miliki).

Ayuh, inilah waktu dan ketikanya!

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KUIS: Inilah waktu dan ketikanya"