photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, November 9, 2008

Suara Keadilan Wajib Gugurkan Farish Noor

Masa lapang semalam membuatkan saya gatal-gatalkan tangan membelek akhbar-akhbar yang ada di ruang tamu. Bukan sebab tak baca lagi tapi manalah tahu semakan semula menemukan isu menarik untuk dimuatkan dalam laman ini. Sinar Harian, Harakah, Siasah, dan seumpamanya. Ini adalah akhbar yang menjadi pilihan saya untuk mendapatkan informasi terkini akan hal ehwal dalam dan luar negara meliputi isu-isu agama, politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain lagi.

"Suara Keadilan", getus hati kecil bila terpandang akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mesti sahabat saya yang membelinya.

Saya bukanlah pembaca akhbar Suara Keadilan apalagi menjadi pembaca setia. Entah kenapa saya tak berapa berminat untuk menjadikannya salah satu akhbar bacaan wajib. Antara salah satu sebabnya ialah kerana akhbar ini men'dewa-dewa'kan Ketua Umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mengangkat pemimpin kita itu adalah fitrah tapi bab men'dewa-dewa'kan DSAI saya memang sangat tak setuju dan berkenan.

Helaian-helaiannya saya selak sambil mata tercari-cari maklumat-maklumat untuk dihadam.

Tiba di muka surat 20, ada sesuatu yang menghentikan saya dari terus menyelak. Bangsa dan Islam itulah tajuknya. Penulis artikel itu ialah Dr Farish Noor.

Menyirap terus darah saya bila melihat nama dan wajah penulis tersebut terpampang di Suara Keadilan.

"Bangsat ini ialah musuh Allah dan Rasul-Nya", maki saya dalam hati.

Mana mungkin saya lupa wajah dan nama orang yang memfitnah baginda Nabi Muhammad saw lebih kurang 7 tahun lalu. Baginda saw difitnah melakukan persetubuhan haram dengan seorang gadis berbangsa Yahudi bernama Rayhana (sesungguhnya baginda saw terpelihara dari akhlak yang keji dan buruk).

Saya masih ingat lagi Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu membantah sikap dan kebiadapan Farish Noor terhadap kekasih Allah itu.

Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato' Fadzil Noor mengecam keras artikel biadap Farish Noor dalam NST. Masih jelas di ingatan wajah merah padam Presiden PAS itu ketika berucap di atas pentas.

Alih-alih ketika Dato' Seri Abdullah menjadi Perdana Menteri, Abdullah menghantar Farish Noor mewakili Malaysia bagi membicarakan soal agama di sebuah persidangan Islam antarabangsa di Timur Tengah. Betapa celaru pemikiran Abdullah sehingga tegar mengangkat pemfitnah Rasulullah saw bagi bercakap soal Islam. Memalukan. Sungguh-sungguh memalukan.

Saya menasihatkan Sidang Editor Suara Keadilan agar menggugurkan sahaja Farish Noor dari terus menulis dalam akhbar rasmi PKR. DSAI juga harus mengambil serius perkara ini agar jarum-jarum halus dan racun untuk memusnahkan Islam dari dalam tidak berlaku.

Sebelum lebih banyak kerosakan berlaku maka adalah lebih baik DSAI bertindak sewajarnya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Suara Keadilan Wajib Gugurkan Farish Noor"