photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, December 11, 2008

Ingat tu!

Sememangnya agak lama juga saya tidak berkesempatan untuk update laman ini. Masa yang terbatas menjadi salah satu asbab selain keletihan dan cuti Aidiladha.

Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Aidiladha atau nama lainnya Hari Raya Qurban sudah semestinya mempunyai 1001 hikmah dan pengajaran untuk kita bagi menempuh kehidupan yang kian mencabar ini.

Apalagi buat penduduk Bukit Antarabangsa yang mengalami bencana tanah runtuh yang sangat meruntun jiwa. Negara tersentak dengan kejadian ini sementelahan beberapa hari sahaja lagi umat Islam menyambut Aidiladha.

Peristiwa ini membawa tiga mesej untuk kita sama-sama renungi sebaik-baiknya.

1. Balasan - Mungkin sahaja (wallhu a'lam - moga Allah mengampuni kita semua) sebahagian penduduk Bukit Antarabangsa telah melakukan perkara yang membangkitkan kemurkaan Allah sehingga mendapat kutukan bumi tempat mereka berdiam. Lihat sahaja apa jadi pada penduduk Kota Pompei. Begitu juga kaum Luth yang ditelan bumi. Ribut Grik dan Tsunami Acheh adalah contoh yang paling dekat.

2. Ujian - Ini adalah perkara biasa bagi kita umat Islam yang senantiasa diuji. Allah mahu menguji keutuhan iman dan pergantungan penduduk Bukit Antarabangsa kepada-Nya. Adakah ujian ini mendekatkan mereka kepada Allah atau berputus asa dengan kasih-sayang Tuhan?

3. Peringatan - Asbab ketiga ini bukan untuk Bukit Antarabangsa tetapi kepada orang di sekitar dan Malaysia amnya. Agar direnung dan bermuhasabah dengan apa yang telah dan sedang kita lakukan. Sebelum kita pergi lebih jauh, maka Allah hantarkan peringatan sebagai satu teguran untuk kita bersama.

Semua yang di atas adalah penting untuk perhatian seluruh umat Islam Malaysia khususnya. Apakah kita mahu didatang dengan bencana dan malapetaka yang lebih dahsyat baru kita ingin menginsafi?

Tepuk dada, tanya iman.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Ingat tu!"