Monday, October 26, 2009

Rela Parti Islam Ditolak Rakyat


"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan"

[Yaasin 36:65]


Ya. Jauh di sudut hati ini aku memang sangat tidak seronok. Resah gelisah berpadu. Sedih pedih bersatu. Takut dan ralat bertemu. Apalagi yang mampu aku katakan. Hati ini menangis siapa yang tahu.

Oh Tuhan, kepada Engkaulah kami serahkan segala urusan. Engkau jualah tempat kami mengadu nasib yang berlaku.

Perkembangan yang berlaku di sekitar Parti Islam memang menyesahkan dada ini. Bagai jatuh terjelupuk. Lebih malang jika ditimpa tangga.

Sedari kecil aku dibesar dan ditarbiyyah dengan Parti Islam. Andai Parti Islam adalah sebuah kota, Abahlah pintu gerbangnya. Ke hulu ke hilir dikeleknya aku merapati sebuah gerakan Islam yang didokonginya.

Kawasan rumah aku itulah tempat orang berceramah. Almarhum Dato' Hj Fadzil Noor dan Sdr. Mat Sabu adalah antara pimpinan yang bertandang.

"Jadi orang yang berani!" sambil mengusap kepalaku itulah pesan Sdr. Mat Sabu. Ketika itu usiaku baru menginjak 10 tahun. Namun aku faham kata-kata itu. 13 tahun ia berlalu.

Juga aku tak lupa aku mengikut Almarhum Dato' Hj. Fadzil Noor dari Masjid Ketapang, Pekan ke rumah bekas Pesuruhjaya Pahang, Almarhum Ust. Rosdi. Almarhum pergi berurut di sana. Keletihan agaknya kerana sebelah malam beliau akan menyampaikan ceramahnya di Markas PAS Pekan. Aku baru Darjah 5 ketika itu tapi aku tahu dan faham masalah politik negara.

Kebetulan masa itu aku tak setuju dengan Sheikh Al-Azhar, Sheikh Muhammad Tantawi yang memecat 40 ulama Al-Azhar yang tak sealiran (muka depan Harakah). Tambah masalah lagi bila Mufti Selangor, SS Datuk Seri Utama Diraja Dato' Ishak Baharom dipecat. Semua ini berlaku pada tahun yang sama. 1997.

Aku jugalah tentera kerdil Parti Islam ketika Pilihanraya Umum (PRU) 1995. Mana mungkin aku lupakannya. Pacak bendera, pasang bendera, kibar bendera. Semua kami (tentera kerdil) buat dengan penuh semangat. Yang kami tahu, kami mahu Parti Islam bersaing hebat. Berkonvoi naik basikal (masa itu zaman BMX dan basikal racing) keliling kampung. Aku megah dengan membawa "bulan". Begitu juga PRU 1999.

Aku juga satu-satunya budak sekolah yang kerat gambar-gambar ulama lalu ditampal dalam satu buku khas. Bukan sekadar gambar, aku turut gunting, tampal dan simpan artikel tulisan Tuan Guru Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz, Dato' Fadzil Noor dan ramai lagi. Buku itulah menjadi bacaan kawan-kawan aku. Ada juga fotostat kerana minat mendalam.

Semua yang aku lakukan dulu dan sekarang adalah kerana cinta aku kepada Islam dan kasih aku kepada Parti Islam.

Hari ini Parti Islam yang aku puja itu tampak sepi. Sunyi dari semangat dan perjuangan asalnya. Adab dan akhlak yang menjadi budaya dan tradisi seakan hilang. Roh Uhud yang bersemi padanya pudar.

Aku mahu Parti Islam lantang mempertahankan ketuanan Islam di bumi Malaysia ini. Siapa lagi yang mahu kita harapkan kalau bukan Parti Islam yang dasar dan gerak kerja berkiblat Iman dan Islam. Nak harap Parti Kebangsaan lambatlah. Nak harap Parti Liberal, apa yang nak diharapkan.

Kita berpolitik atas maslahah dakwah dan tarbiyyah. Maknanya antara politiking dengan dakwah, kita tetap dahulukan dakwah. Sebab dakwah itu wajib. Berparti itu harus.

Bawalah apapun dihadapan. Kuasa, kedudukan, pengaruh. Semua itu tiada bererti kerana Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.

Aku yakin dengan kebenaran dan kemurniaan Islam. Jangan ada yang gatal-gatal mahu membelakangkan agama Muhammad ini. Jangan kerana kuasa yang tak tentu letak duduknya Islam kita jadi rambang mata.

"Kami rela kalah kerana melaksanakan Islam. Kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah"

Ungkapan masyhur Tuan Guru Presiden inilah yang ramai ahli apalagi pimpinan Parti Islam petik. Betapa ungkapan ini memperlihatkan iltizam seorang Presiden sebuah gerakan Islam kepada perjuangan fisabilillah demi mendaulatkan Islam.

Kalah. Apa nak dihairankan? Kalah itu mainan kita. Kita adalah parti yang banyak rekod kekalahan. Apa dengan kalah sekali lagi kita sudah tak mampu tanggung kepedihan lama.

Ditolak. Berpuluh tahun kita ditolak oleh rakyat jelata. Ahli tak pernah patah hati dengan penolakkan. Itulah tarbiyyah diri. Itu makanan jiwa yang memberikan vitamin untuk kami bangkit bersemangat dengan jalan ini.

Dikhianati. Tak terkira banyaknya kita dikhianati. Sudah lali berkali-kali. Sedikitpun tidak membekas di hati.

Semuanya kita harung dengan Islam tertanam di sanubari.

Tapi untuk membelakangkan Islam hanya untuk meraih kemenangan dan kuasa, itu kita tak pernah buat. Kami tidak ditarbiyyah begitu. Kami tidak hina untuk menjamu makanan itu.

Biarlah parti rugi. Jangan pula Islam yang rugi. Islam itu terlalu mulia untuk menanggung rugi.

Allah wahai Tuhan, kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. Sesungguhnya kami berdepan dengan kaum musyrik juga munafik. Hancur leburkanlah pakatan mereka. Pecah-belahkanlah perpaduan mereka.

Wahai Tuhan...dengarlah resah hati ini.



arrazzi alhafiz
AMAN PALESTIN
Bandar Baru Bangi

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "Rela Parti Islam Ditolak Rakyat"

Shah Jihad said...

Ya, sungguh tabah dan bersemangatnya tuan dalam menyempaikan rasa hati demi meluahkan rasa terpendam terhadap sebuah Parti yang sudah lebih 56 Tahun memperjuangkan Islam serta kebimbangan saudara bahawa suatu ketika Parti ini bakal ditolak rakyat demi memuaskan nafsu pihak2 terhentu.

Ana yakin betapa tulisan saudara cendurung kepada pendapat perbalahan kalau boleh ana sebut begitu dikalangan kepimpinan PAS apabila Mursyidul Amnya menyarankan suatu perhimpunan atau muktamar khas diadakan demi mencantas beberapa pemimpin bermasalah. Ana juga hairan bagaimana tok guru bisa mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa apatah lagi pemimpin yang dikatakan bermasalah tersebut dikatakan pro kerajaan perpaduan.

Ana harapkan segala masalah yang timbul diselesaikan secepat mungkin dengan cara yang mesra, barang diingat rakyat dibawah menilai segalanya apakah perjuangan kita betul demi menegakkan Islam ataukah demi memuaskan hati sendiri atau periuk nasi sendiri.

http://www.impianpejuang.blogspot.com

IBnu AHMad said...

Bila baca post ni, teringat masa zaman kecik2 umo 9tahun (1998),time tu terlalu benci ngan pemerintahan BN ngan UMNO, koyak ramai2 poster BN, pijak2 samapi lumat then amek bendera PAS pacak kat beskal jipang masing2, keliling satu kampung.haha. Hepinye time tuh.. (>.<)

arrazzi alhafiz said...

Benda 2 ana da buat gak. Tanggalkan poster2 BN kt pokok. Kemudian sumbat dlm kotak biskut.

Masa 2 da gak pelajar sekolah yang kena tangkap buat keje2 2. Nasib baik den lopeh

nory izecson said...

hahaha..sma la kita..pinjam basikal jiran (basikal bdk tadika plak tu) pastu koyak bendera BN kt pokok..mak cik yg jual goreng pisang kt tepi jln tu pn tgk je..hehehe..erm,tp itu nostalgia lma..skrg sy dh xpercaya lg pd pimpinan PAS..lantaklah bnda2 ni sume..malas nk fikir psl politik. smpai ble2 pn mcm tu gak..