Tuesday, November 17, 2009

Ralat, Tarik Balik

PEMBETULAN FAKTA

Saya ada membuat satu kenyataan lisan melalui perbincangan bersemuka dan juga menerusi komen di blog dengan menyatakan bahawa Exco Selangor, YB Dato' Dr. Hasan Ali dan YB Dr. Halimah Ali adalah sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah KUIS.

Maka dengan rasa tanggungjawab saya menarik balik kesilapan fakta berkenaan.

Walaubagaimanapun, portfolio mereka berdua sangat berkaitan dengan KUIS iaitu YB Dato' Dr. Hasan Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang mana bertanggungjawab ke atas institusi agama negeri JAIS dan MAIS. Untuk rekod KUIS adalah anak syarikat milik penuh MAIS. Dan YB Dr. Halimah Ali pula sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang mana secara langsung bertanggungjawab atas urusan pengajian tinggi bawah Kerajaan Negeri Selangor iaitu UNISEL, KUIS dan INSPEN. Oleh itu, mereka tetap menjadi rujukan dan perhatian dalam isu ini kerana kaitan yang saya sebutkan tadi

Kesilapan fakta adalah amat dikesali. Harap maklum.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Ralat, Tarik Balik"

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...

Walaupun mereka bukan BOD KUIS tapi saya rasa taraf mereka sama atau mungkin lebih dari BOD kerana mereka berdua bertanggunjawab ke atas MAIS (KUIS bertanggungjawab kepada MAIS) Kesilapan tersebut tidaklah sebesar mana, malah tindakan anda memohon maaf secara terbuka amatlah dihargai dan dihormati, harap TYDP MPMUM dan GMS juga dapat berbuat sedemikian kerana membawa MPMUM turut terpalit dalam isu ini, sedangkan MPMUM daripada kenyatan YDP nya menafikan MPMUM terlibat.