Thursday, February 18, 2010

Warkahku Buat Adinda


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." [An-Nisa' 4: 1]


Sebahagian besar dari hidup ini aku melihat engkau membesar. Dari masa bonda sarat mengandungkanmu sehinggalah bergelar gadis sunti dalam keluarga ini. Mana mungkin aku lupakan saat-saat engkau membesar. Tangis, tawa dan rajukmu sentiasa tersimpul kemas dalam ingatan.

Sungguh aku garang dan amat tegas denganmu. Marahku tidak lama, tegasku agar engkau sentiasa betul. Pesan orang tua, marah itu tanda sayang. Sayang seorang abg kepada adiknya yang naif dan manja. Mahu saja aku melihat engkau betul sentiasa. Namun kita manusia. Bumi mana tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora. Kalau engkau jatuh, aku mahu engkau bangkit semula.

Adikku,

Engkau akan mendirikan rumah tangga bersama insan pilihanmu. Oh...hampir sahaja aku tidak sedar engkau sudah cukup besar dan dewasa. Mendengar sahaja berita itu aku bagai orang paling tenang dalam dunia. Ya...aku cukup gembira. Cepat sungguh masa berlalu.

Hari besarmu semakin bertamu. Engkau bakal ditabal raja sehari. Pastinya ia satu titik kehidupan yang sangat bermakna buatmu.

Rasulullah saw bersabda, "Dunia ini penuh dengan perhiasan dan sebaik-baik hiasan adalah wanita solehah".

Adikku,

Berakhlaklah dengan akhlak Islam yang menganjurmu mentaati suamimu tercinta.

Ingatlah suami itu juga seorang insan yang punya hati dan perasaan. Punya kurang, tiada ia sempurna. Lengkapkanlah kehidupannnya agar dia bisa membina satu keluarga yang bahagia dan sentosa.

Kalau dulu syurgamu di bawah telapak kaki bonda. Kini syurgamu ada pada suamimu. Maka sempurnakan makan minum dan segala keperluannya. Kelak engkau pasti ke Syurga.

Aku mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraanmu dalam bahtera yang baru. Moga redha dan maghfirah Allah sentiasa bersamamu.


* Selamat Pengantin Baru kepada adindaku, Norshahidah Bt. Jalaluddin dan bakal suami pada 12 Rabiul Awwal 1431H bersamaan 26 Februari 2010.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "Warkahku Buat Adinda"

sya_ais said...

salam..alhamdulillah..mabruk...
adinya sudah..bila plak abang nya??
nanti smua geng2 ASA akan turun tlg basuh pinggan..hahhaha