Tuesday, January 18, 2011

Mengumpul Setem: Hobi Yang Semakin Terancam, Pupus


"Budak-budak hari ni takde hobi. Fikah tu bila tanya hobi dia apa, dia tanya balik hobi tu amenda!", Along meluahkan rasa.

"Hobi tu perkara yang kita suka buatlah untuk isi masa lapang. Akak suka buat apa?", tanya Along.

"Akak suka tengok TV jelah." Selamba Iffah Afikah membalas pertanyaan umminya.

"Allah...kesian dengan anak aku tu. Hobi pun takde. Aku nak beli album setemlah. Suruh dia kumpul setem. Nak bagi dia ada hobi."

Hari itu kami rancak berbual tentang hobi yang sangat terkenal satu ketika dahulu. Mengumpul setem !

Kadang ketawa, kadang tergelak sakan mengenangkan perkara lampau. Saya juga ada beberapa album setem. Yang dalam negara itu sudah terbiasa sangat. Jadi untuk lain atau lebih dari orang lain mahu tak mahu mesti ada setem dari luar negara.

Dalam koleksi lama saya, ada yang dari England, America, Costa Rico, Papua New Guine, China, Belanda dan banyak lagi. Kebanyakkannya sudah tentulah beli di mana-mana kedai yang menawarkannya. Yang dapat terlalu sedikit. Itupun sebab kawan-kawan kakak yang belajar di Mesir, Syria atau Jordan mengutus surat ke rumah. Rasanya tak sampai 7 keping.

Ada masanya kami pergi memunggah tong sampah berdekatan Pejabat Koperasi Chini 3. Tak jauh dari rumah. Sekadar 200 meter sahaja. Jadi banyaklah sampul surat yang dibuang dan pastinya setem masih melekat tanpa diusik.

Surat itu kami koyakkan bahagian setem sahaja, selebihnya sampah yang jangan mengada-ngada untuk bawa balik. Kemudian, bahagian yang sudah dikoyak itu direndam selama beberapa jam bagi memisahkan setem dari kertas tanpa merosakkan kualitinya.

Bila koleksi sudah banyak. Dari 1 album menjadi 2 dan dari 2 buah menjadi 3 buah. Mulalah sesi menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan yang sama hobi. Kalau bernasib baik boleh dapat setem yang baru dengan pertukaran yang dipersetujui.

Dalam ghairah saya mengumpul setem, tak pernah lagi sampai beratur membeli setem keluaran baru di pejabat pos. Ghairah saya masih biasa-biasa saja tapi itulah salah satu hobi saya satu ketika dahulu.

Kalau tak kerana Along mengimbas balik soal ini, rasanya saya pun mungkin sudah lupa bahawa saya adalah pengumpul setem waktu kecil dahulu.

Tapi sekarang ada lagi ke hobi macam kami dulu pada generasi baru?

Dunia berkembang pesat. Kalau dulu kita berhubung dengan menulis surat, tampal setem dan kirim ke alamat yang kita nyatakan. Kini rasanya remaja sekolah menengah pun kebanyakkannya tidak pernah berutus surat sesama mereka.

Perhubungan menjadi lebih mudah dan pantas.

Ada email, Facebook, MySpace, Friendster, Yahoo Messenger dan lain-lain lagi, membuatkan surat bukan lagi medium yang sesuai dengan arus kini. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa surat sudah tidak relevan untuk berhubung sesama kita.

Surat kini hanya untuk jemputan majlis dan urusan-urusan rasmi. Tidak lebih dari itu.

Jadi, tak tahulah okey ke tidak hasrat Along mahu anaknya menjadikan aktiviti pengumpul setem sebagai hobi. Setakat beli setem-setem luar negara terpakai di kedai-kedai jelah. Nak dapat dari surat memang terlalu sukar. Sesungguhnya inilah salah satu hobi yang semakin pupus di dunia.

Selamat berjaya, Along.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "Mengumpul Setem: Hobi Yang Semakin Terancam, Pupus"

+.~ said...

sy pun pernah jadikan kumpul setem ni sebagai hobi.seronok.tapi dah lama tak buat.susah nak jumpa orang guna setem sekarangni.tak macam dulu.nice entry

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Ya, tidak dinafikan ia adalah hobi yang menyeronokkan. Sekarang pun, surat-surat rasmi dari mana-mana pejabat sudah tidak lagi menggunakan setem. Sekadar cop sahaja.

Sudahnya nanti, setem akan jadi bahan sejarah yang dipamerkan dimuzium sahaja.

Beruntung kita pernah merasai zaman kegemilangannya

nurul said...

Salam..mengumpul setem ini adalah salah satu hobi saya satu ketika dahulu..(generasi terdahulu juga ni..hu2)Emak beli buku setem masa darjah 3 ke 4 tah,sejak tu saya mula kumpul setem,sampai 3 buku..dan..kalau tak dapat setem luar negara tu beli kat kedai jela mana yang berminat..he2..Kebetulan kumpul duit2 lama juga sikit2..Dan saya juga kumpul duit 1/5 sen..Bila fikir2 balik,apa gunanya ye mengumpul setemni??entahla..buat koleksi zaman tua2 kot??-D Zaman dulu itu kira satu hobi menarik..sekarang ni tak de dalam kamus pemikiran budak2 muda dah kot..-D..

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Apa-apapun, ia pernah mewarnai kehidupan generasi kita satu ketika dahulu dan banyak manfaat untuk diraih.