Tuesday, March 8, 2011

Gegak Gempita Pilihanraya


Pilihanraya Umum (PRU) semakin hampir. Sana sini bergendang begitu. Baik dari Barisan Nasional apalagi Pakatan Rakyat. Nada sama cuma lenggok tari berbeda. Itu semestinya. Masakan langit dan bumi sama isimnya. Adakala bergegak gempita, ada ketika diam terkedu.

Suruhanjaya yang bertanggungjawab mengendali pilihanraya sudah mengkhabarkan kurang lebih 11 juta pengundi telah berdaftar. Saya sebahagian darinya.

11 juta manusia yang berdaftar mengundi, selebihnya entah kemana. Itu baru daftar. Belum nanti yang berdaftar tidak mengundi. Ah...memang perkiraannya begitu. Usah yakin yang berdaftar semuanya akan mengundi. Ini masalah kita.

Sedarkan manusia-manusia itu dari lenanya. Gerakkan gergasi yang sedang tidur.

Soalan saya mudah; Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Gegak Gempita Pilihanraya"