Tuesday, July 19, 2011

"Saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.


Berita pemergian Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr. Lo' Lo' Ghazali bagi saya amatlah mengejutkan. Walaupun sudah mengetahui beliau sedang berhempas pulas berjuang melawan kanser yang dihidapi, berita itu tetap menyentap lubuk hati saya.

"Innalillah wa inna ilaihi raji'un.... Allahu rabbi".
"Engkau pergi di saat pendukung perjuangan ini sangat memerlukanmu bagi menumbangkan taghut di tanah air sendiri", hati kecil saya berdetik.

Secara jujurnya saya mengkagumi muslimah haraki ini. Seorang doktor perubatan yang juga anak kepada bekas Mufti Perak, Datuk Ghazali.

Dr. Lo' Lo' bukan sekadar bersemangat membangkit dan menghidupkan roh perjuangan Islam khususnya di kalangan muslihat. Bahkan beliau menterjemahkan dalam bentuk tindakan. Saya mengira dalam banyak hal, kita yang lelaki inipun kalah dan ditinggalkan jauh olehnya.

Sehari berlalu maka sehari jugalah usia kita telah pergi. Pergi yang tidak akan kembali lagi.

Sudah suratan, hayat dan ceriteranya di atas bumi ini ketemu penamat.

"Ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik",

Sungguh indah kata-kata yang keluar dari mulut mujahidah ini kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang sedang menziarahinya di hospital. Kata-katanya yang beriring air mata di saat ia sudah terlalu uzur dan lemah.

Di waktu saya membaca kata-kata ini yang dirakamkan oleh Dr. Asri dalam tulisannya di Malaysiakini, ia bagaikan mendapat satu pukulan padu ke dada.

Jiwa terusik, iman dipersoal.

Bukan calang-calang orang yang dapat menuturkannya di akhir hayat begitu. Takkan menjadi kalau sepanjang hidupnya tidak begitu. Inilah namanya sunnahtullah. Husnul hayah balasnya husnul khatimah.

Ingat, kematian sentiasa menyusuli kehidupan. Setiap yang hidup, mati penamatnya.

Al-Fatihah

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on ""Saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”."