photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, May 22, 2012

Terbau-bau Ramadhan


"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"

[HR Ahmad dan at-Tabrani]

Islam menggunakan bulan sebagai kaedah mengira bilangan masa dan hari

Sedar atau tidak, pejam celik, pejam celik kita sudahpun berada di bulan Rejab. Makanya hanya 2 bulan sahaja lagi kita akan menerima tetamu agung yakni Ramadhan Al-Mubarak.

"Eh, rasa macam sekejap sangat!" hati berdetik dek tertipu dengan pantasnya masa berlalu

Sungguhpun tiada hadis yang menyatakan kelebihan Rejab, namun sebagai perindu Ramadhan pastinya kita melihat ia sebagai satu penanda akan hampirnya penghulu segala bulan yang di dalamnya penuh dengan keberkatan dan pengampunan.

Justeru, inilah masa bagi kita meningkatkan latihan ibadah kerana ia sememangnya memerlukan latihan. Ibadah yang bagus tidak jadi dalam masa satu dua malam. Ataupun secara tiba-tiba. Kita perlukan latihan.

Sama juga seperti pemain badminton. Sungguhpun Olimpik bukan minggu depan tetapi mereka sudah berlatih sekian lama. Sambil berlatih sambil menghitung hari dan prestasi. Kerana apa? Mereka mahukan kesempurnaan dalam beraksi dan yang paling penting stamina yang cukup tinggi.

Jadi, inilah masa kita berlatih demi stamina di bulan Ramadhan. Tidaklah pula kita hamba Ramadhan. Tidak, sekali-kali tidak. Ramadhan hanyalah bulan yang kita ingin raih segala tawaran mega dari Allah s.w.t sebagaimana yang ditunjuki oleh baginda Rasulillah s.a.w dan para sahabat.

Maka saya menyarankan diri saya sendiri dan kalian untuk kita jika boleh melatih diri dengan:
  1. Solat berjamaah di surau atau masjid
  2. Solat Sunat Rawatib
  3. Solat Sunat Dhuha
  4. Solat Sunat Tahajjud
  5. Berpuasa Isnin dan Khamis,
  6. Mentadabbur Al-Quran - membaca, meneliti dan memahami maksudnya
  7. Berzikir dan berselawat ke atas baginda Nabi s.a.w
  8. Menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu
  9. Bersedekah
Akhir sekali, saya petik kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan Rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Terbau-bau Ramadhan"