photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, July 19, 2012

Universiti Ramadhan A-Mubarak

IFTAR... Santaplah sekadarnya sahaja.
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya”

[HR Imam Malik dalam al-Muwatto’, Kitab al-Shiyam – No: 603]

Salam Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, Allah Taala mengurniakan peluang dan ruang buat kita semua untuk bertamu dalam Universiti Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan tahun ini kita manfaatkan semaksimum yang mungkin.

Bila datang Ramadhan, ada orang hanya biasa-biasa saja. Baginya Ramadhan datang tak menambah, pergi tak berkurang. Ramadhan yang luar biasa itu menjadi biasa di mata mereka.

Makmurkanlah Ramadhan barangkali ini terakhir buat kita
Ada orang Ramadhan itu disambut bagai tetamu diraja. Lihat sahaja Umar Al-Khattab r.a! Hampir-hampir saja penduduk Madinah menyatakan Umar menyambut kedatangan tetamu. Rupanya laungan marhaban itu adalah kerana tibanya Ramadhan Al-Mubarak.

Lihat juga Ali Abi Talib r.a. Ibadah malamnya yang sangat luar biasa, dengan Al-Quran yang sentiasa meniti di bibir.

"Perjalanan masih jauh, tapi bekalan yang aku bawa masih terlalu sedikit!", Ali r.a merintih dan menangis seperti seorang kanak-kanak. Dia keluar ke padang pasir teresak-esak seraya kaki bagai membentak-bentak.

Berbeza sungguh kita dengan mereka.

"Kalau tak dapat buat semua, jangan tinggal semua!", pesan Ust. Abu Zaki saat kami berkuliah dengannya.

“Setiap amal kebaikan anak Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Aku-lah yang memberi pahala puasanya” [HR Bukhari. No - 5927].

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata dalam Fathul Bari mengenai hadis di atas:

“Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”

Ayuh, semarakkan Ramadhan. Agar nanti Ramadhan tidak hanya sebulan, bahkan kita men'tahun'kan Ramadhan.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Universiti Ramadhan A-Mubarak"