Pages

Wednesday, September 19, 2012

KUIS: Kembalikan Kepada Asal

Lama benar perbincangan di blog saya ini tidak menyentuh soal berkaitan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangoor (KUIS). Tempat saya menuntut ilmu, mengutip pengalaman dan membina harapan.
 
"Tolong perjuangkan Hari Kokurikulum!" saya bersuara ringkas kepada seorang pemimpin mahasiswa KUIS.

Dia menyambutnya dengan senyuman. Saya tak pasti adakah dia faham atau sebaliknya.

Antara kelab-kelab di bawah Seksyen Kokurikulum KUIS
Dahulu semasa saya menuntut di sana, saya mulanya berhajat menyertai Rejimen Askar Wataniah. Tapi disebabkan badan saya ini pernah dioperasi di atas meja bedah, maka ia bukan rezeki saya.

Justeru saya perlu memilih yang lain. Masalahnya pilihan tidak banyak. Yang adapun tak secocok dengan saya.  Muktamad, saya memilih Seni Silat Cekak Hanafi.

Bermula awal pengajian saya di KUIS sehingga semester 3, itulah subjek kokurikulum saya. Sungguhpun saya tidak minat dengan seni pertahanan diri, tapi saya gagahi juga.

Hari Kokurikulum ditetapkan pada Khamis petang. Ada sesetengahnya yang buat pada Rabu.

Bertolak dari 2007, Hari Kokurikulum bukan lagi seperti dahulu. Ia diubah kepada Sabtu. Dato' Rektor mahukan ia begitu.

"Ada kawan saya professor UIAM. Dia datang nak jumpa anak dia yang belajar kat sini. Dia kata, macam mana KUIS sunyi sepi takde orang masa hari Sabtu. Tak macam tempat lain. Macam tak hidup (KUIS)!", cerita Dato' Rektor kepada saya.

"Jadi saya nak ubah supaya Hari Kokurikulum buat hari Sabtu. Biar KUIS ni suasananya hidup, meriah. Rajin-rajin sangat balik rumah, jenuh jugak mak bapak!", tambahnya lagi.

Ya, KUIS memang meriah Sabtunya. Para penuntut kurang pulang ke kampung halaman kerana kekangan masa dan kokurikulum.

Tapi cukuplah. Hari Kokurikulum perlu dikembalikan ke waktu asalnya. Buatlah pada hari apapun asalkan bukan Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Hari ini Sabtu dan Ahad di KUIS tiada beza dengan weekday.

Para penuntut Diploma Perguruan di Fakulti Pendidikan berkampung. Tempat letak kenderaan hampir penuh. Pelajar ke hulu ke hilir menuju dewan-dewan kuliah, makmal dan perpustakaan.

Hujung minggu mahasiswa jangan lagi diganggu dengan kokurikulum.

Sebagai fasilitator di Program Mind-A untuk Maahad Darul Fuqaha di zaman kampus dahulu

Biarlah mahasiswa merancang dan melaksanakan antiviti mereka sendiri. Bahkan sebenarnya jurulatih juga kebanyakkannya mengeluh dengan penjadualan itu.

Mahasiswa perlukan waktu itu untuk ke lapangan ummah.

Ada yang mencari duit sampingan untuk menampung kehidupan mereka dengan menjadi fasilitator, pelayan kopitiam dan restoran atau lain-lainnya.

Almaklumlah kos pengajian hari ini tidak seperti dahulu. Kos sara hidup lagi-lagilah. Dahulu saya hidup berbekalkan RM250-RM300 sahaja. Hari ini tidak lagi.

Bersama rakan-rakan fasilitator yang juga mahasiswa KUIS di SMK Dato' Harun

Dengan peningkatan kos hidup dan pengajian, jangan lagi mengekang mereka dengan alasan yang sudah luput.

Nampak sahaja kecil, cuma Hari Kokurikulum. Tapi masa adalah modal terbesar untuk mahasiswa memperkukuh ekonomi mereka.

No comments:

Post a Comment