photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, December 27, 2012

Catatan 200, Sebuah Perjalanan

"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". 

[Ali Imran :104]

Menulis juga memerlukan kekuatan; disiplin
Diam tak diam, ini adalah penulisan saya yang ke-200 di laman blog ini.

Sejauh ini, inilah catatan saya. Jari-jemari menarik-nari mengikut rentak hati menekan setiap aksara lalu menjadi ayat, lalu menjadi perenggan dan lengkap menjadi sebuah penulisan. 

Menyingkap kembali seawal penglibatan saya menulis di alam maya, saya tersenyum. Kelakar pun ada sebenarnya.

Asal mulanya saya bertatih menulis di Friendster Blog. Zaman itu laman sosial Friendster.com menjadi fenomena melanda dunia sebelum kemudiannya MySpace.com dan kini, Facebook.

Kemudiannya di tahun 2007, saya mula membuat akaun di Blogger.com dan inilah apa yang anda lihat hari ini. Alkisahnya, saya baru dapat menulis di blog ini pada tahun 2008. Itulah akibatnya bila saya terlupa kata laluan. Puas mencuba. Sudahnya setahun blog ini kosong. Dan dalam tempoh setahun itulah, saya terpaksa menulis di Wordpress.Com.

Blog juga juga ada transformasi. Dari GEMA MAHASISWA kepada arrazzi | BLOG, beberapa fasa kehidupan telah saya lalu. Turun naik sebagai penulis. Tenggelam timbul sebuah blog.

Dari zaman mahasiswa, kemudian bekerja di ASA Explore Resources (sebuah konsultan motivasi). Selepas itu, sebagai Ketua Jabatan Perhubungan & Pemasaran, Aman Palestin Berhad dan sekarang Eksekutif Halal di Olive Global Sdn Bhd, Seri Kembangan.

Sepanjang itu jugalah saya berpindah-randah. Dari Bandar Bukit Mahkota ke Bandar Seri Putra. Terakhir (kini), di Seri Kembangan.

Sejujurnya saya meminati bidang penulisan seawal sekolah rendah. Saya sangat tertarik dengan subjek Bahasa Melayu Penulisan dan sememangnya saya ada sedikit kelebihan dalam bidang ini. Almaklumlah, namapun minat.

Alhamdulillah ilmu dan pengalaman saya yang sedikit ini dapat dikongsikan dengan ribuan sahabat dan pembaca.

Sebahagian daripada kolumnis Majalah Q&A
Satu pencapaian yang saya kira menokok ialah saya diberi ruang untuk menulis di Majalah Q&A terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kerdil sebenarnya apabila saya diberikan kolum khusus walhal saya sangatlah mentah dan ilmu tersangatlah sedikit. Kalau nak banding dengan kolumnis-kolumnis lain. Siapalah saya dengan Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari, Prof. Dr. Muhaya, Ust. Zul Ramli Razali, Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri (sekadar meyebut beberapa nama). Namun segan itu, saya gagahi demi berkongsi ilmu dan pengalaman dan bidang industri halal.

Sudah genap setahun saya menulis di sana. Kolum Halal Haram, Majalah Q&A.

Cumanya sebagai penulis, saya ada satu penyakit.

Konsistensi dan disiplin saya dalam menulis agak lemah. Tak kira sama ada menulis di blog atau majalah.

Kadang-kadang berhempas-pulas juga editor ingin mendapatkan artikel saya. Acapkali juga saya langgar dateline. Penat juga mereka mengingatkan. Maaflah saya duhai editor dan juga teman-teman di blog ini.

Setahun menulis dan berkongsi
In sya-Allah saya cuba memperbaiki kelemahan yang sememangnya boleh diperkemaskan ini. Semoga Allah Azzawajalla memberikan kekuatan kepada saya untuk berdisiplin dan istiqamah dalam menulis demi kebaikan bersama.

Saya sedar kelebihan ini adalah amanah. Amanah yang harus dilunaskan.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Catatan 200, Sebuah Perjalanan"