Ia adalah antara bahan yang utama dalam penyediaan makanan. Ia juga memberikan makanan rasa yang memenuhi kehendak mulut dan tekak kita serta memberi rasa enak.
Santan adalah lemak paling biasa digunakan dalam masakan Melayu |
Baik, yang saya maksudkan ialah lelemak. Pasti sudah terbayang dalam fikiran anda nasi lemak bukan? Ia lebih dari itu.
Saya pernah senaraikan sebelum ini yang lelemak adalah antara ramuan berkategori kritikal dalam pensijilan halal. Sila rujukan artikel Halal Haram yang kedua. Namun kali ini saya akan menjelaskannya dengan lebih perincian. Ini penting sebagai sebahagian daripada pemahaman. Fakta tanpa penjelasan pastinya tergantung. Itu melemaskan.
Lelemak atau istilah yang selalu digunakan pada label produk ialah shortening, animal shortening atau animal fat (lemak haiwan), vegetable fat (lemak sayuran), adalah campuran pelbagai lemak daripada sumber sayuran dan binatang.
Secara umumnya lelemak merujuk kepada campuran pelbagai jenis lemak yang telah diproses dan lemak yang berwarna terang (kebiasaannya kuning).
Marjerin bahan asas dalam penyediaan kek dan biskut |
Lemak terbahagi kepada dua jenis, iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tepu bersifat beku dank eras pada suhu bilik dan kebiasaanya ia didapati dari sumber haiwan. Lemak tidak tepu pula berisfat lembut dan cecair pada suhu bilik dan diperoleh dari sumber tumbuhan.
Minyak sapi penting dalam resepi nasi minyak, nasi arab dan seumpamanya |
Boleh bayangkan kita makan nasi lemak tanpa rasa lemak? Nasi minyak tanpa ghee? Pastinya ia tidak memberikan hasil atau rasa yang kita inginkan.
Dengan adanya lemak dalam makanan, ia memberikan perisa dan tekstur tertentu kepada makanan. Kebanyakan bahan perisa dan aroma dalam makanan adalah larut dalam lemak. Oleh itu, lemak akan melarutkan bahan-bahan tersebut dan akan menambahkan keenakan bahan-bahan tersebut. Lelemak yang dicampurkan ke dalam makanan seperti biskut dan kek adalah untuk melembut dan melemakkan makanan
.
Lemak merupakan salah satu sumber tenaga yang efektif berbanding karbohidrat dan protein. Ia menyumbang antara 25-30% jumlah tenaga harian kita. Sebab itu, secara tradisi masyarakat Melayu menghidangkan nasi lemak sebagai sarapan kerana asalnya dahulu kita adalah masyarakat petani. Maka nasi lemak adalah juadah yang paling memberikan tenaga bagi memulakan pekerjaan yang berat seperti bertani, ke laut menangkap ikan, menebang balak bagi penerokaan dan lain-lain lagi.
Lemak merupakan salah satu sumber tenaga yang efektif berbanding karbohidrat dan protein. Ia menyumbang antara 25-30% jumlah tenaga harian kita. Sebab itu, secara tradisi masyarakat Melayu menghidangkan nasi lemak sebagai sarapan kerana asalnya dahulu kita adalah masyarakat petani. Maka nasi lemak adalah juadah yang paling memberikan tenaga bagi memulakan pekerjaan yang berat seperti bertani, ke laut menangkap ikan, menebang balak bagi penerokaan dan lain-lain lagi.
Menyelerakan tapi pengambilannya biarlah sesuai dengan kadar guna tenaga harian kita |
Lemak diperlukan oleh Vitamin A, D, E dan K sebagai medium pengangkut dalam sistem tubuh manusia. Berkurangannya pengambilan lemak, pengambilan vitamin larut lemak juga akan berkurangan.
Suka saya mengingatkan bahawa setiap ramuan yang sumbernya boleh didapati dari sumber haiwan atau tumbuhan, maka ia adalah termasuk dalam jenis kritikal.
Bagi sumber haiwan, lelemak biasanya didapati dari babi dan lembu. Dan sumber tumbuhan pula seperti kelapa sawit, soya, kelapa dan lain-lainnya.
Untuk kesekian kalinya saya tegaskan, lelemak bersumberkan babi adalah yang paling meluas digunakan di dalam industri. Bukan semata-mata kerana ia sumber terbanyak dan paling murah dan mudah didapati, tetapi ada satu lagi sebabnya. Lelemak babi yang dimodifikasi secara industri didapati mlebih mudah dicampur dengan minyak/lemak yang lain dalam penyediaan produk makanan. Ia pastinya lebih banyak lagi kos dapat dijimatkan dengan pulangan yang pastinya berganda.
Bagi lelemak bersumberkan lembu, walaupun turut digunakan tetapi status halal dan haramnya diragui kerana kemungkinan lembu itu tidak disembelih mengikut aturan Syarak. Tambah lagi, kebanyakan lelemak diimport dari luar negara.
Sesuai dengan manfaatnya yang besar dan penggunaan yang meluas, sudah semestinya mudah didapati pada produk makanan.
Segmen konfeksi dan pastri antara yang paling meluas penggunaan lelemak |
Antaranya adunan kek, aiskrim, roti, biskut, krimmer bukan tenusu, makaroni, marjerin, mentega kacang, sosej dan gula-gula toffee.
Begitu juga dengan produk kosmetik dan barang gunaan. Contohnya sabun buku, pembersih muka, ubat gigi, krim muka, losyen badan, ubat kumur dan krim penyegar kulit.
Lelemak bersumber babi lebih putih warnanya |
Jenama marjerin (butter) yang bersumberkan lemak babi |
Allah Azzawajalla telah mengharamkan apa yang buruk dan menghalalkan apa yang baik bagi manusia seluruhnya. Sabda Nabi s.a.w; “setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api Nerakalah yang layak baginya”. [HR At-Tirmizi]
Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih makanan dan barang gunaan yang baik untuk diri dan keluarga.
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…” [At-Tahrim: 6]
Beberapa tahun yang lalu, pernah negara digemparkan dengan produk minyak sapi yang status halalnya meragukan. Apalagi isu itu timbul ketika Ramadhan di saat umat Islam bersiap menyediakan kuih-muih dan biskut untuk Aidilfitri.
Justeru, pastikan dahulu status halalnya sebelum kita membeli dan menggunakan produk bersumberkan lelemak.
Wallahu a’lam.
.
No comments:
Post a Comment