photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, August 12, 2008

16 September Tenggelamkan 1 Ramadhan

Lebih kurang 35 hari lagi menjelangnya tarikh 16 september. 16 September kini lebih dirasai bahangnya berbanding 31 Ogos yang lebih hampir. 16 September kekadang lebih dirasai kemanisannya bagi sesetangah orang politik berbanding kemanisan menjelangnya Ramadhan Al-Mubarak yang merupakan bulan kebanggaan umat Islam. Entahlah, itu cuma andaianku...

Persoalannya adakah 16 September 2008 akan menjadi titik mula kemerdekaan sebenar rakyat?? Adakah 16 september menjadi titik mula ke arah kedaulatan Islam?? dan adakah 16 september menjadi titik mula tertegaknya keadilan di negaraku?? dan 16 September menjadi titik mula Islam disanjung oleh semua bangsa dan kaum.

Atau adakah 16 september menjadi titik mula penjajahan baru sosialis?? atau 16 September menjadi titik mula tertindasnya Islam dengan lebih hebat?? atau 16 September menjadi titik mula runtuhnya benteng aqidah umat Islam secara besar-besaran.

Dan boleh jadi jugak 16 september hanyalah dongengan dan mitos yang yang tidak menjadi.

PAS pastinya menjadi parti penentu kepada tereliasasinya impian ini. Bagi PAS duduk di dalam Pakatan Rakyat ke, duduk di luar Pakatan Rakyat ke, yang penting kedudukan Islam itu terjamin.

Mudahnya jika PR memerlukan PAS terus bersama, pastikan kedudukan Islam terjamin, pastikan Islam dapat dilaksanakan keseluruhannya, dan pastikan agama Islam tidak di ganggu gugat.

Jika PKR dan DAP komited untuk melihat kejatuhan rejim UMNO dan BN dan tertegaknya keadilan, tidak ada masalah bagi PAS kerana itulah objektif perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Cuma bersediakah fahaman sosialis yang menempel di dalam PKR dan DAP memberi laluan kepada Islam?

Muktamar PAS kali ini pastinya menjadi medan 'brainstorming' untuk menentukan halatuju PAS bersama pakatan rakyat.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "16 September Tenggelamkan 1 Ramadhan"