photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, August 26, 2008

Terasa Berat Ujian Ini

Jika tidak salah, sudah hampir 3 minggu blog ini tidak dapat saya update dengan artikel yang baru. Maaf saya pohon buat rakan-rakan pembaca yang pastinya kecewa apabila kunjungan-kunjungan kalian tidak saya saji dengan perkara baru.

Kebelakangan ini saya sememangnya sibuk dengan amal Islami dan konsultansi. Namun yang parahnya ialah kesihatan saya yang sangat terjejas membataskan saya untuk menulis apalagi bercerak cergas. Sehingga saat saya menulis ini, tahap kesihatan yang buruk masih lagi menjerut diri. Namun, saya tekad untuk memberikan penjelasan sedikit agar kalian tidak tertanya-tanya akan ’kebisuan’ mutakhir ini.

Sesungguhnya inilah ujian Tuhan buat insan kerdil lagi hina seperti saya. Tarbiyyah ini mahal maharnya. Siang malam menyusung sakit. Mungkin ia adalah inzar (peringatan). Atau mungkin kaffarah (penghapus dosa). Juga mungkin ia adalah ujian bagi mengukur kecekalan dalam mengharap bantuan Tuhan.

Pastinya semua yang berlaku punya hikmah yang tersendiri sebagaimana Allah telah tegaskan di dalam Al-Quran. Maka selaku hamba, pastinya kita dididik oleh baginda Rasulullah s.a.w untuk tabah dan redha dengan segala ketentuan Ilahi.

Tarbiyyah ini semakin terasa cabarannya apabila dalam masa yang sama saya kehilangan satu-satunya telefon bimbit milik saya. Kelu dan terkesima dibuatnya. Namun, apa yang lebih baik ialah pasrah. Sudah tersurat, ia bukan lagi rezeki saya. Bagai terasing di bumi sendiri apabila terputus hubungan dengan sahabat-sahabat.

Doktor sudah saya temui. Jawapannya sama seperti 2 tahun lalu, saya perlu menjalani minus surgery bagi memulihkan kembali kesihatan saya walaupun harapan tidaklah sebesar mana. Kumengetap bibir, kali ini saya akur walaupun seboleh-bolehnya saya cuba elok bab 'belah-membelah'.

Sememangnya tarbiyyah dan ujian kali ini benar-benar mencabar rasa. Tetapi harus diingat juga bahawa semua ini terlalu kecil kalau dibandingkan dengan susah-payah Rasulullah s.a.w dalam usaha baginda menyampaikan kebenaran Islam kepada masyarakat. Apalah sangat semua ini. Alhamdulillah bila mengenang baginda, saya jadi lupa akan saat-saat genting yang sedang dialami.

Moga dipermudahkan segala urusan di hadapan. Insya-Allah, doa sahabat-sahabat menguat semangat.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Terasa Berat Ujian Ini"