photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Friday, August 29, 2008

Semua Sudah Terlewat

Selepas Solat Jumaat tadi saya dihubungi oleh pihak Universiti Industri Selangor (UNISEL). Nadanya sama seperti dahulu iaitu ingin mengunting kembali bagi berkhidmat dengan universiti berkenaan.

Terdetik di hati ini, Kerajaan Negeri Selangor pastinya sudah lengkap melakukan pengstrukturan semula pentadbiran UNISEL. Cuma tinggal 1 sahaja lagi. Penjawat bagi jawatan Naib Canselor UNISEL.

Tawaran untuk kedua kali ini menatijahkan respon yang sangat berbeza. Saya menolak kerana sudah mempunyai perancangan yang lain. UNISEL terlalu lambat dalam bertindak. Saya pun sudah patah hati, berkerat berotan. Jawatan Eksekutif Unit Antarabangsa itu rasanya biarlah diisi yang individu yang lain. Saya sudah berlepas diri.

Ramadhan kali ini saya mahu habiskan seluruh masa saya di kampung halaman bersama keluarga tercinta. Seusai Aidilfitri barulah saya kembali ke bumi Darul Ehsan ini bagi mencari rezeki dan menghimpun pengalaman baru. Seperti kembali ke kuliah pengajian cuma bezanya ini adalah universiti kehidupan. Ilmu-ilmu baru menanti penuntutnya di alam yang nyata berbeza.

"Dalam kesempitan ada kesempatan".

Falsafah ini saya pegang sejak sekian lama kerana salur-galur kehidupan punya hikmah dan pengajarannya yang tersendiri dalam menguji, mencabar, dan mendidik kita.

Moga dipermudahkan segala urusan.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Semua Sudah Terlewat"