photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Monday, September 1, 2008

Anak Yatim Hanya Wujud di Bulan Ramadhan?

Maka diusunglah ke hulu ke hilir anak-anak yatim untuk berbuka puasa di hotel-hotel, dewan-dewan besar dan majlis amal bersama pembesar negara. Tergedik-gediklah golongan artis menghiburkannya. Sempena Ramadhan al-Mubarak katanya.

Sedar atau tidak inilah suasana yang dihidangkan kepada kita terutamanya oleh media arus perdana. Sungguh harmoni apabila budaya menghargai dan membantu anak-anak yatim disuburkan. Senyuman si yatim pasti mengharukan semua yang melihat.

Saya cuba mengajak sahabat-sahabat sekalian membuat semakan semula terhadap budaya yang telah berakar umbi sekian lama dalam masyarakat kita ini.

Apakah anak yatim hanya wujud di bulan Ramadhan sahaja? Bagaiman dengan bulan yang lain?

Bila tiba Ramadhan makan bukan hal buat si yatim. Bahkan siap buat jadual malam ini di hotel itu, malam esok hotel ini. Begitulah seterusnya. Bagai nak muntah dihidang dengan hidangan yang sangat berkhasiat dan mencairkan selera tekak mereka.

Sayang seribu kali sayang. Hanya Ramadhan si yatim mendapat perhatian dan bantuan. Setahun ada 12 bulan. Ramadhan hanya sebulan. Bagaimana dengan baki 11 bulan lagi? Memadai ke semua itu?

Baki 11 bulan inilah anak yatim kalau tidak kebulur pun, makan dan tempat tinggal mereka sangat menyedihkan. Makan mereka sangat ala kadar. Pakaian mereka sangat sederhana. Saya cadangkan sahabat-sahabat melawat sendiri ke tempat mereka. Kawasan Bangi sahaja sudah ada beberapa tempat. Darul Fuqaha’ adalah salah satu daripadanya. Lihat dan nilailah sendiri.

Saya percaya Ramadhan ini mereka tidur dalam kekenyangan. Tapi sayang ia hanya Ramadhan.

Alangkah bahagianya apabila sepanjang tahun mereka dilayang seperti putera raja. Alangkah gembiranya apabila sepanjang tahun mereka terbela.

Bukankah Rasulullah saw telah bersabda, ”Sesungguhnya aku dan pembela si yatim seperti dua jari ini (sambil mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah)”. Bukankah ini menggambarkan betapa dekatnya baginda dengan mereka yang menjadi pembela si yatim di akhirat kelak. Yang pastinya pembela si yatim akan menjadi teman Rasulullah saw di syurga sana.

Sesungguhnya Ramadhan ini menjadi titik muhasabah kita dalam hidup bermasyarakat.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Anak Yatim Hanya Wujud di Bulan Ramadhan?"