photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Wednesday, September 24, 2008

Apa Dapatmu?


25 September 2008 - Secara rasminya kita semua sudah menempuh 25 hari di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Maka baki Ramadhan cuma tinggal 5 hari sahaja lagi. Sungguh pantas waktu berlalu meninggalkan kita jauh tanpa punya kudrat menghenti atau memutarkannya kembali. Sangat rugilah kita seandainya pakej tawaran mega daripada Allah swt sepanjang bulan mulia ini dipersia-siakan begitu sahaja.

Saya percaya banyak perkara atau kejadian yang kita alami sama ada pengalaman baru mahupun yang berulang pada Ramadhan kali ini. Pastinya banyak juga yang menjadi pengajaran dan iktibar buat kita. Namun apa yang lebih utama ialah apa tindakan kita selepas berpahit jerih menempuhinya.

Adakah sama sahaja dengan sebelum-sebelumnya tanpa ada satupun perubahan kecil dalam diri atau Ramadhan ini menjadi batu loncatan mencorak perubahan besar. Dalam bahasa yang mudahnya, hijrah. Hijrah yang menuntut 1001 pengorbanan. Sudah tentu mahar yang sebegini sangat mahal. Tapi harus diingat pepatah pujangga, alah membeli menang memakai. Itulah sunnatullah.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Apa Dapatmu?"