Monday, September 22, 2008

Sepuluh Terakhir Ramadhan 1429H

Aktiviti Ramadhan mengimarahkan bulan Ramadhan dengan program-program di Masjid Al-Azhar KUIS, SK Bukit Jalil dan seumpamanya menyebabkan saya idak memberikan perhatian unuk penulisan di GEMA MAHASISWA ini. Sementelahan komputer riba saya tinggalkan di Pahang sehinggakan saya tidak menlis apa-apa berkaitan Fasa Kedua Ramadhan iaitu Fasa Pengampunan dari Allah Taala buat hamba-Nya yang dambakan maghfirah atas segala dosa noda mencemari kesucian insan.

Sesungguhnya berbahagialah mereka yang beroleh rahmat dan pengampunan dari Rabbul Izzati.Tiada yang lebih bermakna daripada pakej tawaran ini. Makruk, mabruk, makruk!

Dalam kekangan masa ini, saya cuba memetik beberapa hadith baginda Nabi saw buat pembakar semangat kita bagi meraih peluang terakhir di Fasa Terakhir Ramadhan 1429H.

Dari Aisyah ra, katanya Rasulullah saw bersada; "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Lailatul Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan."

Dari Aisyah ra, katanya; "Bahawasanya Nabi saw beriktikaf pada setiap sepuluh mlam yang akhir dalam bulan Ramadhan."

Dari Aisyah ra, katanya; "Pada sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadhan, Nabi saw lebih kerap beribadah melebihi hari-hari yang lain."


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Sepuluh Terakhir Ramadhan 1429H"