Wednesday, October 22, 2008

Harga Minyak Dunia Menjunam Jatuh, Malaysia Bila?

"Minyak takkan turun punya"

Itu kenyataan rata-rata pemimpin UMNO/BN berikutan kenaikan harga minyak dunia ke paras paling tinggi dalam sejarahnya.

Namun kini, kenyataan seperti itu hanyalah sejarah dan tak boleh dipakai sama sekali. Kita sendiri melihat perkembangan yang sangat baik apabila minyak kini turun secara drastik. Penurunan demi penurunan berlaku tanpa kita sendiri menjangkakannya.

Malam tadi, sekali lagi harga minyak dunia jatuh merudum kepada USD65 setong. Ini bermakna harga minyak dunia kini sudah turun melebihi 50% daripada USD140 beberapa bulan lepas.
Dengan harga minyak di Malaysia yang kini di atas RM2.25 seliter maka itu terlalu mahal untuk harga terkini minyak dunia.

Apa pula alasan kerajaan kali ini untuk tidak mempercepatkan penurunan yang sangat besar ini.
Kerajaan seperti biasa, untuk naikkan harga sememangnya sesegera yang mungkin sampai pernah tanpa notis awal buat rakyat.

Ketika menaikkan harga minyak dahulu, kerajaan asyik beratib dan berzikir rakyat patut berkongsi beban dengan kerajaan. Kerajaan sudah tak tertanggung dengan beban kenaikan harga minyak dunia.

Kini keadaan sudah sebaliknya. Kenapa bila senang senyap seribu bahasa. Tak nak pula berkongsi senang dengan rakyat.

Persoalannya ialah sampai bilakah wang saku rakyat ingin dirompak oleh kerajaan?

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Harga Minyak Dunia Menjunam Jatuh, Malaysia Bila?"