photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, October 30, 2008

SELAMAT: Satu Hakikat

KESELAMATAN. Ya...kehidupan di dunia apatahlagi di akhirat mendesak kita agar mementingkan soal keselamatan. Selamat. Selamat. Selamat.

Kalimah yang pendek dan ringkas tapi memiliki keutamaan yang tinggi di kalangan makhluk. Haiwan pun mementingkan keselamatan. Kita lihat saja dokumentari dalam kaca televisyen yang memperlihatkan bagaimana seekor singa mempertahankan anaknya (dan seumpama dengannya).

Manusia? Ya...lagi-lagilah. Bukan sekadar merancang keselamatan yang di dunia tempat persinggahan sementara bahkan manusia sudah memikir dan merancang bagaimana ia mahu memastikan yang dirinya akan turut selamat di sepanjang jalan menuju kehidupan abadi, Akhirat.

Moga-moga kita termasuk dari kalangan mereka yang merancang dan melaksanakan rancangannya untuk jaminan keselamtan di Akhirat kelak bagi menemui Penciptanya, Allah swt dan rasulnya, Muhammad saw.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "SELAMAT: Satu Hakikat"