photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Sunday, November 2, 2008

KUIS: Kebimbangan Mereka...

Agak lama juga saya tidak berkesempatan meluangkan masa bersama sahabat-sahabat di KUIS. Kebiasaannya, kalau sempat pun sekadar solat Maghrib dan Isyak berjemaah kemudian terus balik ke rumah. Hambatan masa memang memengahkan apalagi urusan kerja yang sedikit menekan membuatkan saya menggunakan sedikit masa terluang untuk berehat di kediaman saya, Bukit Mahkota.

Beberapa hari yang lepas selepas selesai sahaja solat Isyak berjemaah tanpa dirancang saya terlekat di KUIS dari jam 8.40 malam sehingga jam 12.30 pagi. Memang sangat panjang masanya.

Bukannya apa, ramai yang berjumpa dengan saya meminta pandangan dan komentar dengan perkembangan yang berlaku sekitar masyarakat kampus. Pastinya soal peralihan kepemimpinan yang menjadi teras pertemuan dan perbincangan di kalangan kami. Daripada Presiden, MT dan anggota MPMKUIS, Pengerusi ALAM, pemimpin persatuan dan lain-lain bertemu saya.

Setiap pertanyaan banyak saya jawab secara umum sahaja sebab belum masa untuk maksud itu. Saya lebih suka menghidangkan suatu analisa. Bagi kesimpulannya saya serahkan kepada mereka yang bertanya untuk memikirkan sendiri. Saya percaya mereka bijak dalam soal ini. Sampai masanya nanti, saya akan buka mulut juga.

Kebimbangan dan ketidakpastianlah yang sebenarnya memenuhi hampir segenap ruang fikiran mereka. Itu baik tetapi adalah lebih baik merancang dan berusaha bagi memastikan semuanya 'on track' . Inilah keutamaan kita.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "KUIS: Kebimbangan Mereka..."