Friday, November 28, 2008

Langgar Fatwa, Abdullah Sekapal dengan Pengkid, Yoga

Maka tampillah bakal Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (setelah lama menyepi atau disepikan oleh media) meminta agar rakyat jelata tidak mempertikaikan fatwa pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saya kira itu satu penegasan yang baik tapi disambut hambar oleh kalangan penentang. Mana tidaknya, Abdullah sekapal je dengan mereka. EMPOWER yang diketuai oleh Honey Tan Lay Ean menentang pengharaman pengkid dua kali lima dengan Abdullah. Abdullah pun dua kali lima dengan muslim yang tak senang dengan pengharaman yoga.

Mengapa begitu? Majlis Fatwa Kebangsaan semenjak tahun 1987 telah mengeluarkan fatwa pengharaman tafakur dan meletak kalungan bunga di Tugu Negara. Para ulama' bersepakat itu syirik besar.

Maka siapakah yang masih melakukan perkara sedemikian yang merupakan syirik besar kepada Allah Taala? Bukankah setiap kali Hari Pahlawan, Abdullah akan menyempurnakan upacara syirik besar itu? Takkan Abdullah tidak sedar yang pimpinan Parti Islam dan mufti selalu membangkit dan menegur kemungkaran itu?

Jelaslah pada kita, Abdullah memang cakap tak serupa bikin. Abdullah dan mereka tetap sekapal iaitu penentang dan melanggar fatwa walaupun sudah diperingatkan oleh para ulama'


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "Langgar Fatwa, Abdullah Sekapal dengan Pengkid, Yoga"

nurul_marina said...

nice tajuk..memg tepat hahaha