photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, December 2, 2008

Tertunai Sudah Sunnah Rasulullah saw


Alhamdulillah hujung minggu lepas saya berkesempatan bersama sahabat-sahabat yang lain (Rasyidi, Nu'aim, Hakimin, Jamhuri dan Muzammil) menghadiri Majlis Perkahwinan di Masjid KLIA, Sepang.

Bekas Timb. Yang di-Pertua II MPPKUIS 2006/2007, Norliyana Fariza selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihan hatinya, Ust Mohd Aizuddin yang juga merupakan Imam Masjid KLIA.

Hijau putih menjadi tema yang mewarnai dewan majlis. Ringkas tapi meriah dengan para tetamu yang tidak putus. Sanak-saudara dan para sahabat mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada kedua mempelai.

Siapa sangka ye? Alhamdulillah terbina sudahlah masjid idaman. Moga berbahagia sehingga bertemu Sang Pencipta di Syurga sana. Saya dan sahabat-sahabat mendoakan yang terbaik kepada Liyana Fariza dan Ust Aizuddin. Kebahagian sahabat juga merupakan kebahagiaan. Mana ada sahabat yang mahu sahabatnya menderita, kesusahan, dan seumpamanya. Tak begitu?

Dalam pada itu saya juga mendapat khabar gembira dari Darul Aman sana. Sahabat saya yang merupakan bekas orang kuat PMFPPI, Ahmad Khairi akan menjadi bapa apabila doktor mengesahkan isterinya yang dikahwini Ogos lalu berbadan dua. Kandungannya sudah masuk 8 minggu 4 hari. Kemungkinan kembar katanya.

Kegembiraan tak tergambar dengan kata-kata. Yelah...saya yang belum kahwin apabila mendapat khabar isteri mengandung pasti tak tahu bagaimana erti sebenar kegembiraan itu. Hanya orang yang merasainya sahaja benar-benar tahu.

Sesungguhnya menikahi pasangan dan bakal menimang cahaya mata adalah kegembiraan yang sangat didambai oleh semua insan di dunia.

Semoga Allah memimpin mereka menjadi pasangan dan ibubapa yang soleh dan muslih. Amin...


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Tertunai Sudah Sunnah Rasulullah saw"