photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, December 4, 2008

No Hudud, No Qisas, No Takzir!

5 Disember - Petang semalam saya berkesempatan mengikuti perkembangan terkini negara melalui Buletin 1.30, apalagi kalau bukan siaran televisyen no.1 negara TV3.

Apa yang menarik untuk saya bangkitkan bersama di sini untuk perhatian para pembaca ialah laporan tentang kadar jenayah negara yang membimbang rakyat jelata. Mana mungkin kita mampu berasa aman dan selamat dalam keadaan jenayah negara yang semakin kritikal dari masa ke semasa.

Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Dato' Seri Syed Hamid Albar khabarnya ingin melantik satu badan bebas untuk membuat kajian dan penyelidikan terperinci mengenainya. Sememangnya hasrat yang sangat baik untuk kepentingan bersama. Apalagi ianya berkait terus dengan rakyat jelata. Saya memang setuju sangat kalau itu yang ingin dilaksanakan.

Ini bermakna pemimpin negara sudah akur pada suara rakyat yang selalu dibangkitkan oleh pembangkang bahawa jenayah negara ditahap membimbangkan. Tapi macam biasa-biasa sebelum ini, kerajaan menafikan sekeras-kerasnya. Itu dululah. Kini pemimpin negara seakan mengiyakannya.

Namun satu perkara yang buat saya tepuk dahi bila dengar laporan berita itu. YB Menteri kata hasil daripada kajian itu nanti akan menjadi panduan apakah penyelesaian yang terbaik untuk menangani perkara tersebut.

Ya Allah...itulah dulu Parti Islam sudah nasihat dan tegur benda ini. Kalau itulah hajatnya nak buat kajian, saya kata tak payah pun tak mengapa sebab jawapannya memang sudah di depan mata. Nak cari ape kebendanya? Hari-hari ditatap, berkali-kali dibaca, jenuh ulama' terangkan. Jawapannya sudah turun 1400 tahun yang lalu kepada Rasulullah saw.

Kalau YB Menteri lupa, ini biar saya ingatkan balik. Firman Allah swt:

"Dan tidak harus bagi orang yang beriman - lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan satu-satu perkara - (tidaklah harus bagi mereka) mempunyai hak ketetapan sendiri mengenai urusan mereka"

Ayat 36 Surah Al-Ahzab ini begitu jelas menegaskan bahawa tiada ruang sedikit pun untuk kita memandai-mandai membuat keputusan sendiri sedangkan perkara itu sudah digazetkan di dalam Al-Quran.

Syariat Allah swt adalah satu-satunya penyelesaian dalam perkara ini. Yang lain daripada itu hanya menarik kita kelembah kesengsaan dan kegelisahan. Lihatlah hasil pewarisan undang-undang penjajah kuffar British yang kita dengan sukacita melaksanakannya walaupun selepas memperoleh kemerdekaan 51 tahun yang lalu.

Hudud, Qisas dan Takzir adalah sistem perundangan Islam yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ini bukan tangan-tangan manusia yang menggariskannya. Ia adalah satu ketetapan Sang Pencipta.

Kerajaan sudah terlalu lama beralasan untuk tidak melaksanakan syariat Yang Maha Agung ini. Sejak Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj sampailah kepada Bapa Islam Hadhari, Abdullah Ahmad Badawi. Semua macam tagline PKLN; satu tekad, satu hasrat, satu semangat. Alasan dan maksudnya sama saja. No Hudud. No Qisas. No Takzir.

Saya cukup tertarik dengan komentar Sheikh Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy dalam Fiqh Siasah Syar'iyyah Fi Dau' Al-Quran Wa Al-Sunnah Wa Aqwalu Salaf Al-Ummah bila mensyarahkan ayat 47 Surah Maidah:

"Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir".

Ulama' Salaf ini menyimpulkan bahawa barangsiapa yang menjalankan pemerintahan dengan hukum yang bukan daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah swt seperti hukum-hakam ciptaan manusia dan undang-undang yang bersifat jahiliyyah, dengan mengingkari kewajipan melaksanakan syariat Allah, begitu juga sekiranya ia berpendapat bahawa syariat Allah sudah tidak sesuai dengan zaman moden atau ia berpendapat pelaksanaan syariat atau bukan syariat adalah sama sahaja, maka orang itu telah terkeluar daripada Islam seluruhnya.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "No Hudud, No Qisas, No Takzir!"