photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Saturday, November 8, 2008

Ulangtahun Kelahiran atau 'Countdown' Ajal?


9 NOVEMBER - Semalam baru sahaja benagkat pergi meninggalkan kita semua tanpa punya kesempatan untuk bertemu kembali. 8 November 2008 hanya ada satu sahaja. Yang lain itu 8 November juga tapi bukan 8 November 2008.

Maka telah ramailah yang menghantar SMS, kad maya dan seumpamanya bagi mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya. Terima kasih diucapkan buat kalian semua.

Umur telah menginjak 22 tahun. Sudah pun melewati 2 dekad menghirup udara kurniaan Ilahi di atas bumi-Nya yang sangat indah dan permai ini.

Maka terlintas jua di fikiran, apa jasa dan bakti yang telah saya lakukan untuk Islam dan ummah ini?

Usamah ra mengepalai angkatan tentera Islam menumpaskan tentera kuffar di kala usianya masih belasan tahun. Sultan Muhammad Al-Fateh mengetuai ketumbukan tentera bagi menawan Konstatinopel ketika usianya awal 20an. Faris Audah yang baru berusia 14 tahun menemui syahid ketika menggasak tentera Israel laknatullah di barisan hadapan dari terus-menerus menjajah Palestin.

Tiga contoh ini sahaja sudah membuatkan saya malu alah dan segan sendiri dengan Allah swt dan Rasulullah saw.

Ya Allah Ya Tuhanku...moga dipermudahkan segala urusanku mempertahankan Deen-Mu di atas muka bumi ini walaupun dengan darah dan air mata sekali pun.

Sedar tidak sedar juga tempoh persinggahan saya di dunia ini semakin mendekati waktu untuk berangkat pergi menemui Yang Satu. Bukankah mati itu datangnya tanpa amaran dan notis?

Hari Ulang Tahun Kelahiran sebenarnya lebih banyak menimbulkan persoalan yang saya sendiri kelu untuk menjawabnya. Maka mana mungkin saya bisa girang gembira semahunya?

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Ulangtahun Kelahiran atau 'Countdown' Ajal?"