photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Saturday, November 8, 2008

Seruan Dakwah Presiden Iran Buat Obama

Semenjak kemenangan yang penuh bermakna calon Demokrat, Barack Hussein Obama menduduki kerusi Presiden Amerika ke-44 mengalahkan John McCain dari Republikan. Lakaran sejarah yang sangat besar ertinya kepada rakyat Amerika Syarikat terutamanya dalam membuktikan kepada dunia kononnya telah berakhir politik perkauman yang selama ini membekas dalam lipatan sejarah negara kuasa besar dunia itu.

Maka hampir semua akhbar dunia melaporkan perkhabaran kemenangan itu dengan nada-nada harapan dan kegembiraan. Para pemimpin negara seantero dunia tidak ketinggalan merakamkan ucapan tahniah termasuklah daripada Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang sendiri.

Namun saya lebih berminat untuk mengulas satu lagi sejarah terakam di sebalik kemenangan Obama ini iaitu perutusan kawat tahniah Presiden Iran, Dr Ahmadiniejad. Buat pertama kali selepas berlakunya Revolusi Iran 1979 seorang Presiden Iran mengutus ucap tahniah kepada Presiden Amerika.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang" itulah ayat pertama yang menjadi permulaan kalamnya dalam mengucapkan tahniah buat Obama.

Ahmadiniejad terus menyampaikan dakwahnya yang berbunyi:

As you know, the chance that God gives to his subject pass swiftly. They can be used for the perfection of humanity and to the benefit of nation or, God forbid to the detriment of nations.

(Sebagai mana yang Tuan tahu, peluang yang diberikan oleh Allah swt kepada hamba-Nya bergerak deras, peluang itu boleh digunakan untuk kebaikan manusia sejagat dan manfaat negara-negara lain atau pohon dijauhkan-Nya untuk kemusnahan dunia).

Sesungguhnya kawat tahniah ini sangat molek lenggok bahasanya. Kebenaran Islam dan kasih-sayang pula menjadi teras kandungannya. Ini pastinya mengtongsampahkan dakyah dan prasangka jahat terhadap agama tauhid ini. Seterusnya beliau menulis:

"The great civilization-building and justice-seeking nation of Iran would become major, fair and real changes, in politic and actions, especially in this region. If steps are taken in the paith of righteousness, toward the gold of carrying out the teaching of holy prophets, it is hoped that Almighty God will help and that the enormous damage done in the past will be somewhat diminished".

Besar juga harapan Presiden Iran kepada Presiden Amerika yang baru itu. Memang tinggi juga impian itu apalagi dari sebuah negara yang telah sekian disenarai hitam oleh Amerika. Satu permulaan yang baik untuk lembaran baru bagi kedua-dua negara.

Keseluruhan isi surat ini terkandung mesej dakwah yang kuat dan mantap. Harap Presiden PAS juga akan menulis mesej dakwah kepada Presiden Amerika itu. Nak harap Presiden UMNO, alamatnya kempunanlah kita.

Maka di penghujung surat ini Ahmadinejad menyebut:

"I ask the high God to grand of humanity and all nations health and happiness, honor and prosperity, and to grant rulers and officials the ability to learn from the past and to use every chance to serve, to spread love and kindness, to eradicate oppression, to do justice and to follow the holy guidelines".

Agak-agaknya apakah jawapan balas dari Barack Hussein Obama nanti?

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Seruan Dakwah Presiden Iran Buat Obama"