photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Monday, March 23, 2009

Gantung Harakah: UMNO/BN Mati Sebelum Mati

Mati sebelum mati. Kalah sebelum kalah. Saya percaya umat Melayu semuanya tahu pepatah ini. Itulah gambaran UMNO/BN hari ini. Parti Kebangsaan itu seperti menghadapi sakaratul maut.

Awal April ini kita maklum akan berlangsung 3 PRK iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Sebagai parti yang menjadi tonggak kepada Kerajaan Malaysia, media apa yang UMNO/BN tidak ada? TV1, TV2, TV3, NTV7, Tv9. Deretan ini saja sudah bersiap siaga untuk merosakkan pemikiran rakyat melalui media elektronik. Surat khabar juga tak kurang 'tebal'nya. NST, Berita Harian, Utusan, The Star, Nang Yang Siang Paw dan seumpamanya.

Namun dalam kegagahan dan kebongkakan mereka menguasai hampir segenap penjuru media massa negara, hanya semua itu tidak mampu mengekang kemaraan 2 akhbar alternatif iaitu Harakah dan Suara Keadilan. 2 media rasmi Parti Islam dan PKR ini.

Bodoh. Bermain dalam padang yang tidak sama rata dan pengadil yang tidak adil pun, UMNO/BN kalah. 11 lawan 2 pun tak larat jugak. Mengah lebih dari yang lemah.

Penggantungan Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan tanpa sebab hanyalah tindakan orang yang penakut. Inilah yang pepatah kata, mati sebelum mati.

Parti pemerintah kena ingat. Suara-suara keramat ini ibarat air. Empanglah macam mana nak empang pun. Sifat air mengalir ia akan terus mengalir. Kalau tanpa empang ia akan mengalir jinak. Ingat, bila empang sudah tak tertahan, aliran air tadi akan mengalir ganas memecahkan empangan dan kesannya sama seperti tsunami. Apa UMNO/BN teringin nak dipukul tsunami kali kedua?

Jelas Pakatan Rakyat yang ditunjangi Parti Islam dan PKR sudah boleh berbangga kerana kemenangan 'pusingan pertama' sudah diraih.

Moga Allah Taala mempermudahkan segala urusan.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Gantung Harakah: UMNO/BN Mati Sebelum Mati"