Monday, March 2, 2009

Tugas Besar Buat KBLOG

Semenjak beberapa minggu lalu, saya secara serius telah membuat satu penelitian dan pemerhatian ke atas perkembangan dunia blog di kalangan mahasiswa KUIS.

Melompat dari satu blog ke satu blog yang lain. Dari pimpinan mahasiswa, orang biasa sehinggalah bekas-bekas pimpinan. Ziarah sana, ziarah sini. Maka saya mengambil kesimpulan awal bahawa blog sudah menjadi satu medium paling popular kepada mahasiswa KUIS untuk mengutarakan pandangan dan idea masing-masing untuk perhatian umum. Sebagaimana yang saya pernah katakan dalam penulisan saya sebelum ini, ianya kini satu fenomena.

Namun dalam penulisan ini saya ingin kita memikirkan bagaimana untuk mempergunakan kelebihan dan momentum ini seoptimum yang mungkin.

Bulan lepas Timb. Presiden MPMKUIS, Sdr Akram Ikrami Dato' Taib Azamuddin memaklumkan kepada saya selepas pertemuan MPMKUIS dengan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, bahawa kerajaan negeri mengikuti rapat perkembangan blog di KUIS dan mengambil kira suara-suara tersebut. Saya difahamkan lagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan kepada 3 blog bekas pemimpin mahasiswa mahasiswa, PEMIKIR MUSLIM, MINDA HARAKI dan GEMA MAHASISWA sendiri.

Ini menunjukkan keberhasilan kita menarik perhatian masyarakat kampus waima pihak kerajaan sendiri. Inilah peluang untuk kita bersama mengembling kekuatan ini untuk sama-sama meniup semboyan kebangkitan mahasiswa khususnya di KUIS sendiri. Wadah dan masa sudah tepat. Tinggal lagi apa tindakan kita.

Baton sudah di tangan...

Oleh itu saya melihat KUIS Bloggers Group (KBlog) yang mengumpulkan pemblog-pemblog KUIS harus bertindak pantas mengenal pasti dan menambah keanggotaan. Usahakan pencarian dan penyertaan seramai mungkin pemblog.

Seterusnya aturkan pertemuan dengan anggota KBlog untuk kita memastikan hala tuju yang lebih jelas dan tersusun.

Ingat, kita sekarang tak ubah seperti pengamal media massa. Cuma bezanya kita dalam ruang lingkup KUIS. Saya berkeyakinan K Blog mampu memandu dan mencorak pandangan massa. Inilah seharusnya berlaku. Yang mana akhirnya kita akan melihat sendiri kebangkitan mahasiswa dalam segenap penjuru.

Harapan kini di tangan KBlog. Soalannya, mahu atau tidak?



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

6 comments: on "Tugas Besar Buat KBLOG"

nazmi said...

ini satu lahgi perkara positi sebenarnya dikalangan mahasiswa,selain mereka dapat meyalurkan idealogi mereka, mereka dapat juga merkongsi ilmu dan maklumat dengan penglibatan mahasiswa didalam blogger ini

arrazzi alhafiz said...

Ya, tidak dinafikan sama sekali. Ini boleh juga disebut sebagai salah satu budaya ilmu yang baru di kalangan kita pada masa kini.

Moga ianya disuburbiakkan lagi dengan lebih ramai penglibatan masayarakat kampus.

M. Abu Bakar said...

Kelahiran K BloG, satu perkembangan yg positif kpd KUIS dan mahasiswa KUIS itu sendiri khususnya, dalam menuju era status universiti seterusnya institusi pendidikan yg disegani. Insyaallah... Mahasiswa dapat menyuarakn ilmu & pandangan dengan lebih pantas tanpa perlu terikat dgn prosedur pejabat.. Tetapi perlaksanaan cadangan sudah tentu perlu mengikut prosedur.. Saya setuju jika dibuat sesi pertemuan & penerangan kpd ahli2 K BloG utk memastikan perjuangan menegakkan Islam melalui medan maya ini mengikut arus yg betul...

nazmi said...

K blog ni ada care ke nk masuk group blog KUIS, ke cam mana?

saudarabaharu.blogspot.com said...

Teruskan usaha ini wahai orang muda. Andalah tonggak penegak kegemilangan Islam khususnya di Malaysia.

nory izecson said...

blog2 yg ada kt malaysia ni berlmabak2..tp hanya segelintir penulis yg benar2 menggunakn akal n kebijaksanaan ketika menulis dan mengetengahkan isu..erm,sbb 2 la xbleg prcaya sgt blog2 ni..buang karan je..baik baca buku lg bagus.. info n fakta yg tepat lg dipercayai..