Sunday, March 1, 2009

KUIS: Macam Didik Budak Sekolah?

Kesempatan bertemu Presiden MPMKUIS, Sdr. Nasrul Izad Mohd Isa di Bandar Bukit Mahkota membuka pelbagai perbincangan dan perkongsian. Semestinya perkembangan terbaru kampus saya dapat secara terus daripada orang no.1 itu.

Paling menarik minat saya ialah Operasi Gerak Subuh (OGS). Skuad ditubuhkan dengan tujuan untuk menggerakkan penghuni qaryah kediaman bagun untuk mendirikan Solat Subuh seterusnya memakmurkan rumah Allah sebaik sahaja bangkit memulakan hari yang baru.

Saya sokong 100% program ini. Bagus dan kesannya pasti sangat positif dan memberangsangkan. Semua pihak perlu berpendirian begini. Apalagi bukan rahsia yang ramai mahasiswa pada hari ini lintang pukang Subuhnya. Maka inilah peluang kepada kita merancang kehidupan seharian kita dengan baik. Ini harus dimanfaatkan dengan optimum oleh masyarakat kampus.

Bunyinya seperti train budak sekolah bukan? Namun inilah hakikatnya. Sebab itu saya tidak berapa setuju statement biasa dalam taaruf atau orientasi mana-mana universiti,
"Kamu jangan berperangai macam budak-budak sekolah. Ini IPT. Bukan alam sekolah lagi. Tinggalkan semua. Takkan kami nak layan kamu macam budak sekolah..."
Pada saya banyak juga yang bagusnya. OGS sekilas pandang memang gaya didik budak sekolah. Namun realiti memaksa kita bertindak begitu.

Hari yang terancang ialah Subuhnya terancang. Bila Subuh dipelihara dengan baik, pasti sepanjang hari itu akan baik.

Saya teringat semasa semester 2 dahulu, saya runsing apabila solat Subuh hampir 2,3 minggu Subuh gajah. Dinosour barangkali. Maka saya memikirkan tindakan segera mesti diambil kerana gagal Subuh, maka gagallah seluruhnya.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk beriktikaf di Masjid Al-Azhar. Hasilnya cukup efektif dan memberangsangkan.

Lumayan sekali. Apa tidaknya, Subuh terpelihara. Bukan itu sahaja, berjemaah lagi. Siap di masjid lagi. Subhanallah...benarlah cemerlang Subuh, cemerlanglah harimu.

Sementara menanti kuliah, maka eloklah suburkan waktu pagi itu dengan membaca Ma'thurat dan Al-Quran. Alangkah indahnya hidup...

Semoga OGS menjadi amalan berpanjangan dalam membangunkan modal-modal insan cemerlang. Nanti satu masa, jika ada yang bertanya kenapa mahasiswa KUIS progresif dan cemerlang. Saya kira anda tahu apa jawapannya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "KUIS: Macam Didik Budak Sekolah?"

RaihanHussin said...

salam..bila terbaca jer article ni rasa macam nak give big claps..n tahniah sesangat pada MPP KUIS..bagus la OGS...satu pendekatan yg bgus utk dekatkan MPP n salah satu jasa murni MPP utk students...Harap dpt d teruskan...dlu mase sek mengah pun ade...tpi mase2 ramai yg marah n tak suka...tapi skrg nih kalo jmpe balek diorang mmg ucap terima kasih n bersyukur sgt sebab di gerak dlu...skrg ramai dah berjaya dah...jadi usaha murni ini sy sokong 101%...dan dapat menikmati kesannya juga..naper mase zama sdr.Razi dlu tak der ek...hehehe..
Semoga kalian juga bahagia dengan membahagiakan orang lain...