photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Saturday, June 20, 2009

PRK Manek Urai: "Bukan jerat makan tuan. Itu nak jerat tuan namanya!"


"Pulak dah!", getus hati ini bila Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Nasir Daud memberikan alasan lokaliti apabila membuat keputusan tidak mengguna pakai gambar Presiden Parti Islam, YB Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Nampaknya makin celaru tindakan kita ini. Tidak pernah berlaku dalam sejarah presiden parti dipinggirkan dalam kempen pilihan raya. Apa kita sudah lupa siapakah dianya presiden parti? Presiden ialah orang yang bertanggungjawab ke atas parti selari statusnya sebagai pemimpin no.1 parti.

Senyum lebarlah jentera Parti Kebangsaan itu nak menghadapi PRK Manek Urai. Kita bagi peluru kepada musuh supaya lagi mudah nak bunuh kita. Ini bukannya jerat makan tuan. Ini memang nak jerat tuan namanya.

Bila PAS Kelantan ambil keputusan hanya akan menggunakan gambar Tuan Guru Mursyidul Am sahaja, tiada langsung gambar Tuan Guru Presiden sememangnya akan diekspoitasi oleh UMNO/BN bahawa dua pemimpin utama itu bergomol sesama sendiri. Bahawa Tok Guru dan Tuan Guru sampai dalam poster pun tak boleh duduk bersama. Tak boleh digandingkan. Gambaran seperti ini sangat memalukan bagi sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar.

PAS Kelantan perlu lihat balik perkara ini. Situasi yang dibuat ini sangat tidak menyenangkan. Saya yakin anggota lParti Islam terkilan dengan tindakan yang melalut pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Saya sendiri makin hari makin rimas dengan perkembangan yang sangat tidak membina ini.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "PRK Manek Urai: "Bukan jerat makan tuan. Itu nak jerat tuan namanya!""