Wednesday, July 22, 2009

Siapa Saudara Kamu?

"Maha Suci Allah, yang telah menjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Al Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

[Al-Isra' 17:1]


Semua dari kita tahu apa yang sedang berlaku di bumi Palestin sana. Semua dari kita juga faham dengan keadaan rakyat dan pelarian Palestin. Isu ini bukan baru 2, 3 tahun. Ia sudah menjangkau 60 tahun.

Namun, berapa ramai dari kita yang tahu dan faham melakukan sesuatu? Jika berbuat sesuatu, berapa ramai yang berterusan atau mungkin sekadar bermusim?

Rakyat dan pelarian Palestin merintih saban waktu. Sajak-sajak mereka jelas rasa kecewa dengan sikap tidak peduli dan acuh umat Islam.

Masjid Al-Aqsa hanya menunggu masa untuk roboh. Keretakan sangat jelas dan besar. Tanyalah kepada diri kita sendiri. Penderitaan Palestin, cukupkah sekadar melihat?

Sampai satu masa kita semua akan mati. Dan satu yang tidak boleh disangkal ialah kita akan disoal di Barzakh sana.

"Siapa saudara kamu?"

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Siapa Saudara Kamu?"