Friday, November 13, 2009

Khabar dari Gaza

"Kaifa halukum, ya Razi?"

Jauh dan sayup kedengaran suara itu di hujung talian. Suaranya bergema bersama kegembiraan dan kerinduan.

Panggilan dari Datuk Bandar Beit Lahia, Gaza, Sheikh Izzuddin Mohamed Thoyi' Jamal Al-Dahnoon sememangnya aku nanti-nantikan. Terbayang di fikiran aku senyum dan tawanya. Wajah keperwiraannya melintas di minda.

Alhamdulillah, dia sudah sampai ke tanah airnya, tanah syuhada dan bumi Anbiya'. Palestin Al-Mubarak. Haknya untuk masuk kembali ke Gaza dinafikan selama lebih 3 bulan. Selama 3 bulan itu jugalah dia merantau ke sana sini dalam masa yang sama terus berusaha dan berusaha.

Aku diamanahkan untuk menguruskan semua hal ehwal di sini. Ya, satu penghormatan yang cukup besar bagiku namun aku usahakan semampuku.

Bangsat-bangsat tali barut Yahudi sentiasa cuba mematahkan semangat kami. Bermacam halangan, kekangan, ugutan dan 1001 karenah lagi yang aku tempuhi sepanjang menguruskan dia.

Benar bagai dikata, pejuang itu semangatnya kental. Memang benar-benar mengajar aku.

"Cukuplah Allah sebagai wakil!" inilah yang sentiasa dituturkannya.

Dia menasihatkan aku agar sentiasa bertakwa kepada Allah dan pegang sunnah Rasul saw. Doanya agar dapat berjumpa denganku di bumi barakah sana. Dia menanti aku ke sana.

Amin...

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Khabar dari Gaza"