photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, November 10, 2009

Seusai HIMSIS

Semua maklum semalam (10 November 2009) berlangsungnya Himpunan Mahasiswa (HIMSIS) di Pusat Konvensyen KUIS anjuran MPMKUIS.

Saya antara yang dijemput khas bagi menghadiri sidang tersebut selaku Mantan Presiden MPMKUIS 2006/2007. Selain itu bekas Naib Presiden I MPMKUIS 2007/2008, Sdr. Ikhtiaruddin Mokhtar turut hadir mewakili Mantan Presiden, Sdr. Mohd Rasyidi Ali yang kini berada di Jordan.

Selesai sahaja sidang, saya bertemu seorang pemimpin GMS di luar kampus. Beliau mohon pertimbangan saya berkenaan isu-isu yang dibangkitkan dan saya turut mengutarakan beberapa kesalahan dan kekaburan fakta. Saya mahu mereka bertemu Presiden MPMKUIS bagi menyelesaikan beberapa perkara berbangkit.

Sehingga saat ini, saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan kerana masih terdapat beberapa kekaburan fakta dari kedua-dua belah pihak. Saya menawarkan diri untuk menjadi pihak ketiga demi menamatkan krisis ini.

Sebagai tempoh bertenang, saya enggan mengulas kritikan-kritikan pemblog tentang tulisan saya "KUIS: Antara Semangat dan Profesionalisme" yang ditulis beberapa hari sebelum demonstrasi dilakukan. Ia hanya akan menyusul beberapa ketika lagi.

Pagi tadi, saya telah memohon perhatian Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Dr. Halimah Ali untuk mengadakan perbincangan dalam masa terdekat.

Saya seru agar warga KUIS mendoakan penyelesaian terbaik untuk mahasiswa. Marilah sama-sama kita keluar dari rasa hasad dan benci yang mencampakkan kita ke lembah perpecahan yang akhirnya tidak sedikitpun memberi keuntungan kepada gerakan mahasiswa.



Fahrur Rozi B. Jalaluddin
Mantan Presiden
Majlis Perwakilan Mahasiswa 2006/2007
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Seusai HIMSIS"