photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Tuesday, November 17, 2009

Presiden Nasrul Izad telah di-ISA-kan

Beberapa kali saya membaca satu demi satu ayat yang terkandung dalam surat terbuka Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Tak puas sekali, saya baca dua kali. Lagi dan lagi.

Untuk tidak mahu ulasan saya nanti tidak bersandarkan kepada masdar yang sahih maka saya berusaha menghubungi tuan punya badan bagi mendapatkan kepastian.

"Ya", ringkas jawapannya apabila ditanya nama dan jawatannya.

Pastinya saya berhubung dengan bukan kecil-kecil orang. Beliau adalah Pengerusi kepada sebuah gabungan front-front mahasiswa yang merangkupi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) & Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).

"Tak!"

Inilah jawapan beliau apabila saya bertanya adakah dia berhubung terus kepada MPMKUIS berhubung perkara yang ditulisnya yang disebut sebagai surat terbuka. Respon yang diluahkan itu katanya berdasarkan kenyataan beberapa pensyarah yang beliau kenali dan laporan beberapa akhbar.

Saya petik antara isi kandungan surat beliau: "Malangnya saya berasa sedih apabila Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS, Sdr. Nasrul Izad Bin Isa dalam suatu kenyataan akhbarnya telah membuat kenyataan bahawa “beliau menegaskan bahawa MPM tidak terbabit dengan tuntutan & penyerahan memorandum itu”. Pada saya, inilah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin mahasiswa yang telah diberikan amanah & tanggungjawab. Maafkan saya teman-teman, dalam hal ini saya terpaksa mengecam tindakan Presiden MPMKUIS tersebut kerana membelakangi prioriti beliau yang sepatutnya dilihat vokal dalam menyuarakan suara & membela hak kalian. Beliau seharusnya malu dengan pengkhianatan amanah yang telah beliau lakukan itu".

Saya puji sikap beliau yang peka dan ambil tahu tentang perkembangan semasa terutamanya hal-hal mahasiswa. Sesuai benarlah dengan status beliau sebagai Pengerusi SMM.

Namun saya sedih apabila beliau membuat kenyataan tanpa bertanya dahulu kepada tuan empunya badan iaitu Presiden MPMKUIS. Akhirnya tulisan itu menghamburkan satu tuduhan, kecaman yang tidak berasas.

Saya adalah seorang yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Saya percaya beliau juga begitu. Malah ramai di luar sana yang berfikiran waras akan menolak sama sekali undang-undang rimba ini. Satu undang-undang yang menzalimi rakyat. Belum apa-apa hukuman sudah disediakan. Tertuduh tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau membela diri atas sabitan yang dikenakan ke atas mereka.

Mana ada orang boleh terima undang-undang karut macam ini. Bodoh.

Sama juga dalam hal ini. Belum apa-apa Presiden Nasrul Izad dikecam kononnya beliau mengkhianati amanah. Beliau tidak dirujuk, penjelasana pun tiada. Alih-alih fitnah ini dilemparkan terhadap orang yang mewakafkan dirinya untuk mahasiswa di saat orang lain tidak begitu. Berat saudara-saudara. Mengapa kita meng'ISA'kan presiden badan tertinggi mahasiswa itu.

Ya, memang Nasrul Izad membuat kenyataan itu tapi harus diingat beliau menjelaskan bahawa beliau tidak tahu apa tuntutan dalam memorandum tersebut pada waktu itu. Maka sudah pasti kenyataan beliau berbunyi begitu sementelah itu bukan dari beliau bahkan tidak tahu sama sekali apa kandungannya.

Nasihat saya untuk mereka di luar sana, jika memang kita tidak mampu menahan diri kita dari mengulas isu ini maka apalah kiranya bertanya dahulu kepada yang ahlinya. Bimbang-bimbang niat kita yang ikhlas itu sangka kita baik rupa-rupanya membikin onar dan menyuburkan fitnah di kalangan kita.

“Saya tidak mengetahui perkara itu (cadangan Muktamar Khas) kerana masih belum membaca kenyataan tersebut. Saya akan hubungi dia (Nik Aziz) sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media”.

Nah! Inilah kenyataan seorang pemimpin gerakan Islam, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang apabila wartawan ingin memerangkap beliau berkenaan isu panas yang dibangkitkan oleh Mursyidul Am Parti Islam. Beliau tahu jika mengulas tanpa mendapat tahu hal yang sebenarnya hanya akan mengundang fitnah yang besar. Adab dan akhlak inilah yang seharusnya kita contohi apalagi yang bergelar pemimpin mahasiswa Islam.

Hari ini politik kampus yang saya pernah harungi satu ketika dahulu kelihatannya sangat. Politik kampus hari ini menjadi sangat jijik apabila ada sebilangan politikusnya yang membawa budaya fitnah-memfitnah, keji dan maki serta cantas-mencantas.

Mereka ini berakidahkan Machiavellisme. Matlamat menghalalkan cara. Mereka jual agama, dagang saudara. Mereka menipu dalam mesyuarat dengan menjaja nama-nama murabbi. Semua ini dilakukan agar matlamat yang diimpi menjadi realiti. Sesungguhnya kebenaran itu sangat jauh dari hati-hati mereka kerana perbuatan mereka sendiri.

Ringkas sahaja analisa Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Ust. Mohd Farid Ravi Abdullah berkenaan isu baru-baru ini, "Bughoh!"

Satu yang saudara-saudara perlu tahu, bukankah Pilihan Raya Kampus hanya kira-kira sebulan sahaja lagi? Sendiri fahamlah.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

4 comments: on "Presiden Nasrul Izad telah di-ISA-kan"

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said...

PENJELASAN OLEH SAUDARA MOHD RIDZUAN MOHAMMAD YDP MPMUM 08/09 BERKENAAN KENYATAAN TYDP MPMUM

Assalamualaikum wrt brkth

rakan-rakan KUIS yang saya hormati dan kasihi

1. Pertama sekali untuk pengetahuan pihak anda kenyataan tersebut tidak mewakili badan Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) tetapi pandangan peribadi individu dalam MPMUM, iaitu Timbalan Yang Dipertua MPMUM, sdr. Hafiz Ilyas.

2. Untuk mencampuri urusan kampus lain bukan menjadi keutamaan pihak MPMUM.

3. Saya kenyataan tersebut tidak dikaitkan dengan pihak MPMUM terutama saya selaku YDP MPMUM.

4. Saya mencadangkan kepada pihak anda untuk mengetahui apa sebab dan penjelasan, dapatkan daripada sdr Hafiz, saya punya TYDP MPMUM dan pihak website yang menerbitkan artikal tersebut, iaitu mahasiswakini.com.

5. Akhirnya, saya berharap isu ini tidak dikaitkan dengan MPMUM.

Salam,
Mohd Ridzuan Mohammad
YDP MPMUM 08/09

http://mahasiswa-kuis-kisdar.blogspot.com/2009/11/penjelasan-oleh-saudara-mohd-ridzuan.html

Shah Jihad said...

Saya mendesak perletakkan jawatan MPM kuis

Shah Jihad said...

Anda mungkin akan membela rakan-rakan anda namun bagi saya sevagai warga kuis yang telah lama menghuni bumi munafik kuis tidak akan berhenti dari terus bersuara sehinggalah tertegaknya suara Agung Mahasiswa. Masing-masing yang berada dalam kepimpinan MPM masih lemah dan dangkal dalam memperjuangkan nasib mahasiswa.

saya ingin cabar saudara ulangi kenyataan apa yang telah dikeluarkan oleh Nasrul Izad kepada mahasiswa semasa HIMSIS tempoh hari sekiranya andalah pembela mahasiswa...

Apakah layak saudara nasrul izad bertanya atau menyoal mahasiswa "siapa sanggup atau bersetuju pinjaman PTPTN dinaikkan"?inilah soalan bacul dan biadap Presiden MPM Kuis. Apatah lagi dengan kenyataan beliau yang tidak pernah mendengar isu kenaikan yuran dibawa kepadanya iaitu bayaran yuran sehingga habis pinjaman mahasiswa kuis. Inilah paling bahlulnya Presiden mpm kuis, sebab itulah kami mahasiswa mendesak MPM turun kebawah bertemu sendiri dengan mahasiswa bukan dengan meminta mahasiswa datang kebilik MPM, septutnya MPM tidak punya bilik dan bilik mereka adalah disekeliling mahasiswa. Tapi di mana MPM?saya telah perhatikan hal ini sudah sekian lama.

terbaru saya sendiri mendengar dari mulut orang JPM akan perbualan mereka dimana salah seorang orang kuat JPM ada mengatakan"Yuran Boleh Turun Tapi perlu kalahkan JPM dulu"?ini kenyataan apa ini?

dan beberapa lagi kenyatan kakitanga JPM yang tak bertamadun tak sanggup untuk saya ulangi disini bahkan ini membuktikan terdapat pakatan jahat puak-puak ini untuk menaikkan yuran dan ini tidak pernah dinafikan pihak jabatan.

dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa tidak pernah kenal kawan atau lawan. saya ini memuji nasrul izad akan kehebatannya menyelesaikan masalah mahasiswa tak sampai sejam sedangkan PM sendiri nak selesaikan masalah rakyat memerlukan paling kurang seminggu, bermakna nasrul hebat berhak mendesak Menteri Pengajian Tinggi letak jawatan dan mengambil alih jawatannya kerana kehebatan nasrul izad.

dan paling tidak beretika sia[a yang melantik nasrul izad untuk bercakap bagi pihak jabatan?apakah jabatan kuis terlibat sama dalam memilih kepimpinan mahasiswa?kalau mpm sudah memilih untuk bersuara bagi pihak jabatan kuis maka kuis dan saudara termasuk mpm tidak punya kuasa untuk mengkritik menharamkan GMS kerana mereka menjadi suara kepada mahasiswa.

saya juga mendesak MPM seluruhnya meletak jawatan secara terhormat kalau mereka masih bermaruah...

Salam Suara Agung Mahasiswa

Khairul Nadzir said...

KUIS....lots of memory there..as aperson who 'were' there once,its really dissapointed when im heard about all of this things happen!!
come on...it MPM still in old fashion,still using the popularity more then care about other student sociality..
kini aku berada kt dublin, mmbawa nama KUIS sebagai 'bapa' ku, mngetahiu KUIS semakin menjadi2..

bila mmbaca statement shah jihad,sungguh, aku terkenang kembali bagaimana MPM buat keje...sedih..

teruskan berjuang...!faham makna berjuang dulu wahai saudaraku..
ibu marah@tegur anak sebab sayang kepada anaknya..jadik anggaplah teguran saya sebagai tanda sayang saya kepada anda,KUIS, dan seangkatan dengannya..