photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, February 11, 2010

Mengapa tak berebut?


"Wahai orang-orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."

[As-Saf 61:10-11]

Kita biasa dengar berapa dari kita yang tertipu dengan pelbagai janji-janji manis manusia. Ahli politik murahan menipu dengan gula-gula pilihanraya, ahli perniagaan tamak menipu dengan kontrak-kontraknya. Kena pula zaman sekarang orang semua gelap mata dengan duit. Kalau boleh nak untung tanpa berusaha apa-apa. Agaknya kalau ada yang boleh turunkan duit dari langit lagi manusia suka.

Dulu sekitar tahun 90an, rakyat Malaysia digemparkan dengan kisah Pak Man Telo. Skim Cepat Kaya yang diperkenalkannya berjaya memujuk kita mencurahkan duit dengan mudah kepada Pak Man Telo. Sudahnya, semua melopong. Itu tipu semata. Peraduan Gores & Menang lain pula ceritanya tapi sama penipu. Entah berapa kali tertipu kita.

Sekarang ini zaman MLM dan segalanya macam cara untuk jana duit dengan cepat dan 'lebat' tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Terlalu banyak.

Kalaulah sekarang ini adalah ada diumumkan ada syarikat yang mahu memberi percuma sebuah Mercedes Benz, gamaknya lautan manusia berkumpul nak dapatkannya. Usah kata tunggu 3 hari 3 malam, 30 hari 30 malam pun ada yang sanggup beratur menunggu.

Kita sebenarnya terlupa bahasa yang janji itu manusia. Janji manusia adalah sesuatu yang belum pasti. Kalau dia seorang yang berpegang pada janji pun belum tentu dia dapat melunaskan sebab ada batas dan had. Boleh saja belum sempat nak tunaikan janji, sudah dipanggil mengadap Rabbul Izzati.

Sesungguhnya Allah berpegang pada janji-Nya. Maha Suci Allah dari sifat kekurangan dan cacat cela.

"Kenapalah aku liat nak rebut janji dan tawaran Allah yang dah tentu pasti!" hati kecil ini terdetik. Satu monolog yang mengetuk-ngetuk jiwa dan rasa sebenarnya.

Duhai hati
Jangan sampai engkau mati
Kelak engkau tidak bererti

Adapun jauh engkau dari Ilahi

Kerana engkau sombong pada janji


Duhai jiwa

Sungguh engkau milik Sang Pencipta

Segala semua tidaklah engkau empunya

Mengapa mendongak sedang hamba cuma


Duhai iman
Dikau jualah pengharapan
Moga disubur nilai ketaqwaan
Agar keredhaan dalam genggaman



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Mengapa tak berebut?"