photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Friday, February 5, 2010

Jaga Penjuru Masing-Masing


"Dan janganlah menjadi dari mana-mana golongan musyrik - iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderongan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak - tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu). [Ar-Rom 30:31-31]

Tiada manusia yang tulus dan murni hatinya mahukan perpecahan dan persengketaan. Sudahlah berpecah, bersengketa pula. Sungguh meletihkan semua ini. Masa dan tenaga kita banyak dihabiskan dengan perkara yang sedikitpun kita tidak dapat mengambil manfaat darinya.

Islam adalah satu agama yang sangat memberatkan soal perpaduan atau kesatuan ummah. Sebagai agama langit, Islam sangat maklum dengan fitrah dan sunnatullah. Mukaddimah kepada kehancuran dan kebinasaan adalah perpecahan.

Ramai dari kita yang tidak memahami dengan baik Fiqh Ikhtilaf sebagai satu asas dan adab di saat kita mendepani perselisihan pendapat dan pendekatan di antara sesama kita secara individu apalagi berjemaah.

Fiqh ini dipegang dengan baik ketika mana kurun terbaik umat Islam; para sahabat, tabien dan pengikutnya. Perselisihan ilmu, pendapat dan pendekatan tidak sedikitpun memberikan kesan negatif kepada mereka. Sedangkan kita jahil tentangnya. Oleh itu kita saling memusuhi sesama kita dengan sebab isu-isu yang remeh dan kadang-kadang tanpa sebab. Walhal boleh berlapang dada sebenarnya.

Seharusnya kita sebagai pendukung gerakan Islam proaktif menyelesaikan isu ini dengan baik. Sekiranya kepimpinan memandang sebelah mata hal ini, pasti yang di bawah kesannya lebih teruk dan malang sekali. Kita mesti berusaha ke arah itu.

Gerakan Islam adalah satu gerakan yang serius mengangkat panji dan risalah Islamiyyah. Ingat, ini adalah tugasan dan amanah yang paling besar atas dunia ini. Tiada yang lain. Justeru adalah rugi jika kita membuang masa kita dengan kemuncup-kemuncup waktu. Kita berhenti tanpa untung.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai." [Ali 'Imran 3:103]

Sangat banyak ayat Al-Quran membicarakan soal kesatuan. Kalau diselak helaian-helaian hadith, sudah tentu lebih banyak dan terperinci.

Ramai dari kita sibuk dengan kondem jemaah itu tidak betul, jemaah ini tidak betul. Hanya kita sahajalah yang betul sebetul-betulnya. Tarik anggota jemaah sana, tarik anggota jemaah sini. Sampai tahap kita berbalah tentangnya.

Kita bising dengan orang yang berfikrah itu. Kita marah dengan orang yang berfikrah ini. Sungguh bodoh kalau itulah kita.

Pelik benar kita bising dengan orang yang intima' dirinya dengan jemaah. Hanya kerana ia berlainan jemaah dengan kita, maka ia disisih dan tidak dipandang.

Sepatutnya kita bising dengan orang yang menjauhkan diri dari hidup berjemaah, meninggalkan biah solehah, sahabat musleh dan liqa' ilmiah.

Sewajaranya kita bersungguh-sungguh menarik orang yang diasuh dengan pemikiran ladiniyyah, lupa amanah sebagai khalifah, berhibur melampau, bergaul bebas. Inilah sasaran kita.

Kita harus berpegang dengan pesan Rasulullah saw, bahawa Islam itu ada penjuru-penjurunya. Maka jagalah setiap penjuru-penjuru itu.

Seperti juga rumah. Paling kurang ada 2 pintu; pintu utama dan pintu belakang. Jangan lupa rumah juga ada jendela-jendelanya. Bayangkan kalau kita menjaga dengan ketat pintu utama, sedang pintu belakang dibiar tanpa berkunci. Jendela-jendela luas terbuka. Apa akan jadi?

Sudah pasti rumah kita dengan mudah dimasuki oleh perompak-perompak. Pada sangkaan kita bila pintu utama dikawal ketat maka semua menjadi selamat. Tertipulah kita berfikir begitu.

Begitu juga dengan Islam. Mengatakan bahawa kita harus menumpukan kepada aspek siasah sahaja dengan meminggirkan yang lain akan saja melemahkan kita. Jauh sekali untuk kuat. Jika hanya menumpukan aspek kemasyarakatan sahaja kita juga lemah sebenarnya.

Jelasnya kita harus menumpukan seluruh aspek kehidupan. Politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, belia dan lain-lain.

Oleh yang demikian, semua penjaga-penjaga penjuru harus faham tugas masing-masing. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan tugasan atau penjuru orang lain. Kalau semua tuntut mereka lebih afdal. Pintu utama kata dia, pintu belakang tuntut dia, tingkap pun nak juga. Kucar-kacirlah kita.

Ingat, jangan jadi bodoh!

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "Jaga Penjuru Masing-Masing"

360revthinker said...

ulasan yang menarik.. itulah yang berlaku realiti keadaan pada hari ini. umat islam berpecah terlebih dahulu sebelum musuh islam datang. lalu mereka akan gelak mengkekek sambil memerhati daripada jauh kerana ini secara tidak langsung memudahkan kerja mereka memecah belahkan umat islam.

saya amat hairan melihat kepada pemimpin-pemimpin penggerak yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin gerakan islam antara slogan yang mereka sering laungkan "kesatuan umat islam kearah membina sistem khilafah" yang menjadi tunjang serta matlamat utama..

walaubagaimanapun slogan ini seolah hanya satu slogan yang bermain di bibir, sepertimana ada penulis menyatakan diatas salah menyalahkan antara satu sama lain berebut ahli.. walhalnya mereka tidak sedar tindakan mereka itu menjurus kepada pepecahan antara islam itu sendiri.. bak kata al-hukama' ikhtilaf huwa rahmah.
bukannya ikhtilaf huwa mufarakah..

kita dalam satu matlamat yang sama walaupun pendekatan yang berbeza.. sebagai cth imam mazhab muktabar yang empat, pendekatan yang diambil antara satu sama lain amat berbeza cuma dalam bab yang tertentu sahaja mereka bersependapat tidak pula mereka menyalahkan antara satu lain.. perbezaan pendapat antara mereka ini secara tidak langsung memudahkan umat islam dalam beramal.. bayangkan sekiranya mereka juga menyalahkan antara satu sama lain dan berebut ahli untuk mengikuti mereka tidak huru hara islam dibuatnya..

hmm.. panjang bebelan saya di sini hehe ape pun ambillah pendekatan bersifat terbuka menghormati antara satu sama lain sepertimana yang dibuat imam 4 mazhab muktabar.

teringat saya apa yang penah diberitahu oleh sahabat saya yang kini berada di singapur " andai kata pendapat kita di terima sebutlah astaghfirullah dan sekiranya pendapat kita tidak dterima sebutlah alhamdulillah" ini lah yang diajar oleh nabi kepada kita. hal kerana tidak semua pendapat yang kita beri akan memberi kebaikan kepada semua. bayangkan sekiranya pendapat yang kita berikan itu salah kemudian diamalkan pula oleh orang lain..

MARILAH BERSATU DI BAWAH SATU LEMBAYUNG WALAUPUN PENDEKATAN DAN FIKRAH BERBEZA. BELAJAR BERSIFAT TERBUKA DAN BERTOLENRANSI ANTARA SATU SAMA LAIN SEPERTIMANA NABI BERMUAMALAH DENGAN ORANG KAFIR KURAISY TIDAK AKAN SAMPAI ISLAM KEPADA KITA SEKIRANYA REALITI KEADAAN APA YANG BERLAKU PADA HARI INI DIPRAKTIKAN PADA ZAMAN RASULULLAH

sendal pintu said...

saya suka ini..
do our part..