photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, March 4, 2010

Macam Celaka!

"Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah manusia sejagat"

[Ali Imran 3:110]

86 tahun yang lalu bertarikh 3 Mac 1924, bermulanya episod hitam penuh duka dan lara kepada ummah dan kemanusiaan seluruhnya di atas lenyap sistem khilafah Islamiyyah di atas muka bumi ini.

Ummah kehilangan perisai, pelindung dan pengawal yang selama ini tidak pernah tidur menjaga keselamatan ummah. Bukan sahaja keselamatan nyawa semata, bahkan keselamatan akidah, akhlak, ekonomi, politik dan segenap cakupan kehidupan ini bagai ditatang minyak yang penuh.

Barat berusaha bersungguh-sungguh membawa satu cara hidup yang baru bagi menggantikan keunggulan dan kegemilangan cara hidup Islam. Selama 1300 tahun Islam melalui sistem khilafahnya memelihara dan memulihara ummah menjadi sebuah masyarakat yang bertamadun yang melewati ras bangsa, bahasa dan warna kulit.

Sosialisme, sekularisme, nasionalisme, kapitalisme, pragmatisme, komunisme, pluralisme, libralisme dan berbagai-bagai isme yang lain cuba diimport dan diimplimentasikan ke dalam ummah secara paksa atau rela.

Tujuan mereka hanya satu iaitu tidak mahu khilafah bertapak kembali atas muka bumi ini walaubagaimana sekali pun. Barat tahu bahawa rahsia keutuhan dan kekuatan ummah ialah khilafah. Itulah satu-satunya pemerintahan yang bertahan paling lama dalam sejarah peradaban manusia. Tidak ada satu pun golongan yang mampu memerintah selama 1300 tahun. Apalagi memerintah 2/3 dunia.

Sejarah jelas memperlihatkan kepada dunia bahawa ini bukanlah satu kuasa yang calang-calang untuk ditundukkan. Selagimana ianya tidak ditumbangkan, maka selagi itulah impian mereka hanya tinggal ilusi.

Cuba kita periksa lembaran sejarah ummah setelah tarikh itu.

Palestin dirampas melalui undian atas nama demokrasi di PBB pada 1948. Di Algeria seramai 1.5 juta umat Islam dibunuh oleh Perancis sedari 1945-1963. Di Kashmir 70000 nyawa terkorban, wanita dirogol dan 100000 lagi ditahan tanpa dibicara. Afghanistan dijarah oleh Soviet Union pada 1973 yang menyaksikan banyak nyawa melayang. Pembunuhan beramai-ramai dengan dihimpunkan lelaki dan kanak-kanak lalu ditembak. Itu namanya pesta darah. 1992, umat Islam di Chechnya dibunuh oleh Rusia. Pada tahun yang sama juga umat Islam di Ayodha, India dibunuh dan Masjid Babri diruntuhkan oleh kaum Hindu.

Lebih 8000 umat Islam dibunuh di Bosnia oleh puak Serb pada tahun 1995. Perang meletus di sana. Umat Islam diperlakukan sekejam-kejamnya dengan siri penyembelihan dan rogol secara terbuka. 2001 atas nama memerangi keganasan kononnya, Afghanistan dirempuh oleh Amerika. Puluhan ribu jiwa terkorban . Di Iraq begitu juga. Atas nama demokrasi bumi penuh sejarah itu bermandi darah. Tahanan diseksa dan diaibkan. Masih segar lagi diingatan peristiwa jijikdi Penjara Abu Gharib. Umat Islam diperlakukan dengan penuh hina.

Selatan Thailand dan Filipina juga ada cerita yang sama. Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang meremukkan jiwa kita yang mengaku umat Islam ini sebagai satu keluarga. Cubit peha kanan, peha kiri terasa.

Apa yang pemimpin-pemimpin Islam lakukan? Mereka tidak lebih dari sekadar mengutuk di bibir. Ia bernoktah di situ. Pegun.

Tentera-tentera Islam yang dilatih itu ingin dijadikan hiasan agaknya. Atau mungkin saja mereka sibuk dengan olahraga dan sukan bina badan. Tayang sana sini. Masa bila pula itu peranan tentera.

Para pemimpin di dunia Islam sekadar badut dan boneka. Mereka beria-ia mahu berbaik dengan Amerika, Britain, Eropah dan Russia. Senyuman melirik bersalaman dengan tangan-tangan kuffar yang basah dengan merah darah ummah.

Hari ini pemimpin-pemimpin kita masih tidur dengan mimpi-mimpi yang indah. Mereka patuh pada PBB yang sebenarnya adalah menjadi batu penghalang kepada bangunnya sebuah khilafah Islamiyyah.

PBB menjaja demokrasi. Tapi apabila demokrasi digunakan, suara majoriti didapatkan. Hanya dengan satu undi veto dari Amerika, suara majoriti ditongsampahkan.

Macam celaka. Kata demokrasi, tapi bila ia tidak menguntungkan golongan kuffar maka ia terbatal sendirinya.

Pencacai demokrasi mahu memenangkan Islam? Maaf itu bedooh.




* Bedooh (baca be-do-oh) - loghat Pahang yang bermaksud tipu, dusta. Asal dari kalimah bid'ah.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Macam Celaka!"