photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Friday, March 19, 2010

Sudah Tidak Suci


"Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair adalah anak Allah. Dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" [At-Taubah 9:30]

Bible atau Al-Kitab adalah dianggap kitab suci bagi umat Kristian. Ia menjadi panduan kepada kehidupan beragama mereka. Namun bolehkah kitab suci itu dianggap suci apabila berlaku perlanggaran ayat antara satu sama lain. Sudah pasti akal yang waras tidak akan menerimanya. Kesucian terbatal dengan sendiri.

Cuba kita lihat dalam soal doktrin asas Kristian iaitu Jesus itu anak Tuhan.

"Inilah anak-Ku yang Ku kasihi, kepadanya Aku berkenan" [Matius: Fasal 3, ayat 17]. Begitu juga dalam Lukas:Fasal 4, ayat 41 disebut Jesus itu anak Allah.

Cuma lihat pula petikan ini. "Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, kerana mereka itu akan disebut anak-anak Allah." [Matius: Fasal 5, ayat 9]. Maka berdasarkan ayat ini, sesiapa yang mendamaikan manusia yang bertelingkah juga menjadi anak-anak Allah juga. Jadi Jesus tidak keseorangan.

"Sesiapa yang sudah nampak Aku, ia sudah nampak Bapa. Tidakkah kau percaya Aku ini di dalam Bapa , dan Bapa di dalam Aku." [Yahya: Fasal 14, ayat 9-10]. Ayat ini ingin memperkuat hujah Jesus sebagai anak Allah yang wajar diangkat sebagai Tuhan.

Tetapi lihat pula ayat ini. "Aku di dalam mereka itu, dan engkau di dalam Aku; supaya mereka itu sempurna di dalam Persekutuan." [Yahya: Fasal 17, ayat 23].

Perkataan 'mereka' dalam ayat ini ialah sahabat Jesus atau di dalam Al-Quran disebut Hawariyyun. Sedangkan yang dimaksudkan dengan 'Aku' ialah Tuhan. Maka 'Aku' beserta 'mereka' beerti Tuhan berserta sahabat-sahabat Jesus yang berjumlah 12 orang itu. Kalau mereka percaya mengenai kesatuan Jesus dengan Bapa, seharusnya mereka juga wajib beriman tentang kesatuan Bapa dengan para sahabat Jesus. Ini bukan ayat Al-Quran tetapi ini petikan Bible itu sendiri. Jelas bukan Jesus dan roh suci sahaja menjadi satu dengan Tuhan, bahkan ia harus ditambah 12 orang lagi berdasarkan ayat tadi.

Kalau kita ditempat mereka, memang bingung dibuatnya. Perkara akidah menjadi celaru sampai begitu sekali. Dan pasti lebih bingung apabila meneliti ayat ini:

"Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah Yang Maha Esa dan Jesus yang telah Engkau suruhkan itu." [Yahya: Fasal 17, ayat 3].

Terang lagi bersuluh Bible menerangkan bahawa Allah itu Esa dan Jesus bukan siapa-siapa melainkan seorang suruhan dan utusan Allah.

"Maka jawab Jesus kepadanya. Hukum yang terutama ialah: Dengarlah olehmu hai Israil, adapun Allah Tuhan kita, ialah Tuhan yang satu." [Markus: Fasal 12, ayat 29].

Jesus menguatkan lagi dengan berkata kepada sahabatnya. Jesus tidak kata dia Tuhan bahkan Allahlah Tuhan Maha Esa.

Pendakyah Kristian menyatakan bahawa Jesus diangkat menjadi Tuhan kerana Tuhan telah bersatu dengannya ketika usianya 30 tahun. Maka Jesus adalah Tuhan.

"Aku dan bapa-Ku satu adanya." [Yahya: Fasal 10, ayat 30].

Saya percaya kita biasa mendengar orang dirasuk atau dimasuki jin. Benda ini tidak mustahil. Bahkan tingkah-laku mereka menurut kehendak jin yang masuk itu tadi. Tapi saya tak pernah dengar orang yang dimasuki jin itu dipanggil jin hanya kerana kerasukan dan bersatu dengan jin. Kalau ada yang mengatakan itu jin bukan orang, maka saya kata kamu bangang! Budak Tadika pun tau.

Maka Jesus dimasuki Tuhan apa perlu memanggil dia dengan Tuhan. Mudah bukan?

Jesus tidak lain, melainkan pesuruh Allah sesuai dengan pengakuannya sendiri. Mengangkat Jesus selaku Tuhan sebenarnya menderhakai Jesus dan bukanlah pengikut yang baik.

Bible penuh kecelaruan dalam membicara soal ini kerana bahana tangan-tangan manusia yang mengubah dan mengatakan ini dari Allah. Maka terbatallah kesuciannya Bible sebagai kitab suci.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Sudah Tidak Suci"