photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Saturday, April 24, 2010

Agen Penyelamat dan Kasih Sayang


Daripada Anas r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah ia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihi dirinya sendiri."

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Kurang lebih 11 tahun yang inilah antara hadis yang diajarkan kepada kami para penuntut SMA Al-Attas. Ketika itu saya Tingkatan 1. Silibusnya adalah silibus dari Universiti Al-Azhar dan kitabnya berwarna putih bertulisan hijau.

Berbalik kepada sabda bapa kita, Muhammad s.a.w. Di sana ada penekanan yang sangat kuat tentang kasih sayang sesama manusia. Tertanya juga dalam diri ini, sudahkah aku mengasihi orang-orang di sekelilingku sebagaimana kasihnya aku kepada diri sendiri.

Beratkan soalan itu? Sukar sebenarnya tetapi itulah persoalannya.

Cuba kita perhatikan dunia pada hari ini. Seperti mahu histeria dibuatnya. Rompak, bunuh. Rogol, bunuh. Khianat, bunuh. Rasuah, bunuh. Hampir setiap penghujungnya ialah bunuh.

Dunia gersang dengan kasih sayang. Manusia sepertinya sudah lupa apa itu kasih, apa itu sayang.

Kerana harta, saudara dibuang
Kerana pangkat, hilang sahabat
Kerana darjat, sanggup khianat
Kerana kuasa, ukhuwah binasa

Kini kita berdepan dengan krisis kemarau kasih sayang dari insan apalagi Tuhan. Bila bicarakan soal ini, lidah ini bagai kelu dan terbisu.

Tulisan saya kali ini hanya sekadar satu muhasabah ringkas untuk melihat sejauh ini kita di mana.

Moga kita menjadi petani-petani yang kuat dan gigih berladang menggembur tanah agar mudah benih-benih kasih tumbuh subur di ladang hati. Lalu disirami dengan Al-Quran dan As-Sunnah menjadi baja.

Kitalah agen penyelamat dan kasih-sayang. Ayuh!

Daripada Miqdam bin Ma'di Kariba r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Apabbila seseorang insan mengasihi saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa ia mengasihinya." [Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi]

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Agen Penyelamat dan Kasih Sayang"