photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Saturday, May 1, 2010

Kunci dari Juruselamat


"Aku tinggalkan dua perkara yang apabila kamu berpegang teguh kepada keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Kitabullah dan sunnahku"

[Riwayat Al-Hakim, Baihaqi]

Canggih mana pun perabadan manusia ia takkan mampu untuk menyingkap rahsia alam yang maha luas ini. Jika dalam hal alam buana yang zahir ini kita sangat terbatas, apalagi untuk mengetahui alam ghaib.

Atas kelemahan ini maka Allah swt utuskan para nabi dan rasul-Nya untuk memberikan peringatan dan panduan untuk manusia selamat dan sejahtera di dua dunia. Maka mahu tidak mahu, manusia kena terima peringatan dari Sang Pencipta melalui orang-orang yang dilantik sendiri oleh-Nya yang membaca perkhabaran baik dan buruk.

Demokrasi tak kenal apa itu rasul. Sosialisme tak reti apa itu nabi. Kerja lantik nabi dan rasul ini adalah kerja Allah swt.

Justeru, manusia mesti tunduk dan patuh setiap ajaran yang dibawa oleh nabi dan rasul.

Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan (rasul) Allah yang terakhir untuk menjadi pembimbing umat akhir zaman.

Nabi s.a.w khabarkan tentang syurga, neraka, mahsyar, timbangan mizan, alam barzakh dan segala macam yang sains teknologi tak boleh capai.

"Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu." [Al-Maidah 5:19]

Beruntunglah kita jika mengambil setiap satu peringatan Rasulullah s.a.w. Inilah sikap orang yang beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

"Ya Allah, siapalah yang mangga selipar bawah tangga surau ni?" spontan keluar dari mulut saya masa zaman sekolah dulu bila tengok selipar bermangga. Saya tersenyum sendiri mengenangkan itu. Almaklumlah, siapa yang pernah duduk di asrama memang pengalaman hilang selipar di surau bukan lagi rahsia. Agaknya tak tahan, timbullah idea gila-gila mangga selipar.

Memang orang ramai sanggup berhabis duit, masa dan tenaga untuk memastikan mereka selamat. Sebuah negara berhabis berbilion ringgit untuk pastikan keselamatan dan pertahanan negara kuat dan kukuh. Persatuan penduduk mengupah syarikat keselamatan untuk mengawal kawasan kejiranan dari ancaman penjenayah. Sebuah bank berhabis jutaan ringgit untuk pastikan wang simpanannya terjamin. Kita juga bersiap ratusan ringgit untuk membayar takaful bagi jaminan masa hadapan.

Nah, bukankah untuk keselamatan sememangnya manusia berhabis trillion ringgit di dunia ini. Namun adakah ia satu jaminan dalam erti kata sebenar? Soalnya, berapa banyak pula masa, wang dan kudrat untuk kita pastikan selamat di alam yang kekal sana?

Maka, mana mungkin kita mengabaikan peringatan dan khabar dari seorang utusan Allah s.wt yang membawa satu jaminan keselamatan dan kesejahteraan yang mutlak di dunia apalagi di akhirat tempat kembali yang abadi.

Sampai bila kita ingin menipu diri tentang kebenaran ini. Sungguh semakin kita tolak, kita semakin tersepit sendiri. Menjauh senang, menempah susah.

Ayuh kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Kunci dari Juruselamat"

aqu ecka said...

ya..sememangnya kita manusia adalah manusia dan tercipta tok wat baek dan amal ibadah... d akhir zaman ny,,mcm2x cara dan perilaku yg bole memesongkan, jadi sebelom terjebak dan terpesong dri landasan agama yg spt yg dh tertulis di al-kitab atau al-quran. jadilah selayaknya. sementara berkesempatan...sebelum kita d jemput tok menimbang tara kebaekkan dan kejahilan masa d bumi....heheh by da way...i like ur blog...heheheheh

from: wan ecka frenzeo