photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Friday, July 2, 2010

MIHAS: Sekadar tonton?


Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) baru sahaja berlangsung di MATRADE, Kuala Lumpur selama seminggu bermula 23 – 27 Jun 2010. Tahun ini merupakan tahun ke-7 MIHAS dianjurkan.

MIHAS yang diilhamkan oleh bekas Yang Di-Pertua YADIM, Y.Bhg Dato' Nakhaie Ahmad adalah anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya, MATRADE. Ia merupakan satu pameran halal terbesar dengan penyertaan lebih 500 buah syarikat yang terlibat dengan industri halal dari 65 buah negara dengan lebih 600 gerai pameran dibuka.

Ini menjadikan MIHAS satu acara peringkat global yang sangat penting dan dinanti-nanti oleh pemain-pemain industri halal seluruh dunia. Dalam masa yang sama ia memberikan peluang perniagaan yang sangat luas kepada mereka yang bijak mengambil peluang dan kesempatan yang sangat berharga itu. Justeru, tidak hairanlah MIHAS 7 mampu menarik pengunjung seramai 34,051 orang.

MIHAS seharusnya menjadi gerbang kepada kita untuk melihat senario sebenar industri halal, peluang dan masa depan. Pada tahun 2008, nilai transaksi industri halal Malaysia sebanyak RM2.2 billion dan meningkat kepada RM3.23 billion pada 2009. Jangkaan bagi tahun ini ialah RM3.8 billion seluruhnya. Fakta-fakta ini memperlihatkan kepada kita betapa peluang terbentang luas dalam industri halal.

Walaubagaimanapun, amat malang bilamana industri yang berdiri atas landasan syariah ini dikuasai oleh pengusaha-pengusaha bukan Islam. Hanya 20% sahaja yang diusahakan oleh mereka yang ahlinya (Muslim). Ini menyebabkan kita berdepan dengan masalah halal haram dan syubhah bagai tidak berpenghujung. Umat Islam bukan sahaja tidak mengambil peluang membina rangkaian industri halal bahkan lebih memburukkan keadaan makanan yang menjadi darah daging kita tidak dapat pastikan keabsahan halalnya.

Pasaran halal dunia kini telah mencecah USD 2.3 trillion, tidak termasuk perbankan Islam. Adakah umat Islam hanya sekadar menonton? Tepuk dada, tanya iman


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "MIHAS: Sekadar tonton?"