photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha di Lembah Harapan





Rasulullah saw bersabda: Wahai Fatimah! Pergilah kamu kepada qurbanmu dan saksikanlah. Sesungguhnya bagimu keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosamu yang telah lalu dengan bermulanya titisan darah qurban itu. Fatimah berkata: Wahai Rasulullah! Adakah ini khas untuk Ahlul Bait sahaja atau untuk kita semua dan seluruh umat Islam? Baginda menjawab: Bahkan untuk kita semua dan seluruh umat Islam.
[Riwayat Al-Bazzar]

Bergemalah 10 Zulhijjah dengan laungan takbir di seluruh dunia tanda tibanya Aildiladha. Maka kekallah takbir itu dilaung seusai solat fardhu selama 3 hari 3 malam. Hari Tasyrik ini diserikan dengan ibadah qurban tanda syukur dan taabbud kepada Allah Taala.

Pastinya Aidiladha ini kita diulangpesan akan sirah agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as.

Ketaqwaan Ibrahim, kesabaran Ismail dan pengorbanan Hajar. Semuanya terangkum kemas dalam lipatan sejarah yang punya tarbiyyah yang sangat banyak dan bermanfaat kepada kita semua.

Memuhasabah diri akan apa yang kita telah korbankan demi-Nya.

7 hari seminggu itu berapa yang kita luangkan untuk menegakkan kalimah-Nya? Apa kita tidak punya kekuatan untuk mengorbankan sedikit masa buat Islam? Wang ringgit dan tenaga, sudikan kita berhabis demi agama kebenaran ini?

Sungguh kita bagai langit dengan bumi perumpamaanya dengan Ibrahim dan Ismail.

Bahkan kita sangat bakhil untuk mengorbankan apa yang kita ada demi perjuangan suci ini. Rasulullah saw kekasih Allah itu, bukan hanya berkorban masa, tenaga, dan dinar dirham, lebih dari itu darahnya menggenangi sepatu yang dipakai.

Entah bagaimana kita mahu berhadapan dengannya baginda di Mahsyar sana. Mana mahu disorok muka tembok kita apalagi mahu bertemu baginda memohon syafaatnya.

Memikirkan semua ini lidah kelu, hati sendu.

Ya Allah...hanya pada-Mu kuseru agar dibantu.

Aidiladha di 'Lembah Harapan'

"Selamat Hari Raya Aidiladha"

Bertalu-talu mesej ucapan selamat menerjah ke masuk. Telefon bimbit meriah semeriah kanak-kanak di hari raya.

Tahun ini saya tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya bersama ayah bonda tercinta dan sanak saudara.

Namun beraya di Bandar Seri Putra bukanlah bermakna hanya mendekam di atas katil rumah. Kalau di kampung halaman, saya mengisi Aidiladha dengan menziarah sanak saudara dan jiran tetangga. Di sini Aidiladha lebih penat dan berat. Saya bersama para pensyarah di tempat saya menuntut ilmu suatu masa dahulu melaksanakan ibadah korban. Turut sama rakan-rakan yang senasib (tak dapat balik kampung). Aidiladha di KUIS nyata turut meriah.

Kamilah bentara-bentara. Urusan melapah, memotong, membasuh, mencuci, memasak, menghidang. 90% kerja-kerja dapur lelakilah tenaga utamanya. Bukan buruh paksa, ini buruh rela.

Seusai solat dan khutbah Aidiladha sehinggalah Asar menjelma kami memerah tenaga bagi memastikan semuanya lancar dan beres belaka.

Penat semalam masih kuat terasa. Batuk dan selesema pula datang menduga.

Semoga itu semua bisa membenihkan takwa dan redha-Nya. Kepenatan itu hanya semata-mata untuk membeli ukhuwah dan tarbiyyah. Mudah-mudahan pahit jerih kita ada nilai di sisi-Nya.



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Aidiladha di Lembah Harapan"