Monday, November 8, 2010

Sanah Helwah




Pastinya setiap tanggal 8 November merupakan hari yang saya ingati. Itu adalah tarikh dimana insan ini lahir ke dunia.

Tahun demi tahun, usia menganjak dan meningkat. Dari bayi menjadi kanak-kanak. Kemudian menganjak remaja. Seterusnya dewasa. Dan jika sempat mungkin sahaja berstatus tua. Bahasa sedapnya, warga emas.

Tanggal 8 November kali ini bagi saya sarat dengan mesej untuk muhasabah kembali. Sejauh ini apa yang telah dilakukan.

Ya, ianya satu persoalan yang berat namun mesti dilakukan. Bukankah kita diajar agar hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Kalau tidak, kita adalah orang yang rugi dan tertipu.

Melihat kembali hablum minallah dan hablum minannas.

Satu yang mesti kita faham ialah meningkat usia sebenarnya bukan usia menjadi panjang tetapi ia membawa maksud kematian semakin hampir. Bila? Itu hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Meningkat umur setahun bermakna mendekat setahun kepada kematian. Begitulah seterusnya.

Moga semua ini kekal segar dalam ingatan dan menjadi amaran untuk kita tidak main-main mengisi waktu yang dipinjamkan. Bimbang-bimbang kita mengadapnya tanpa sedia amal yang secukupnya.

Nak harap amal untuk beli syurga memang tidaklah. Baginda Rasulullah s.a.w pun tegaskan baginda ke syurga adalah atas rahmat Allah.

Itu Rasul, kekasih Allah. Yang ibadah, muamalah, dan semuanya no.1, A1 masuk syurga bukan atas amal tapi rahmat. Agak-agak, kita?

Entah kenapa akhir-akhir ini saya asyik teringat Surah Qaaf. Setiap kali membacanya, ia seperti memukul-mukul jiwa dan rasa ini. Namun tetap dibaca dan diulang-ulang.

24. Allah berfirman :"Lemparkanlah olehmu berdua ke dalam neraka semua orang yang sangat ingkar dan keras kepala,
25. Yang sangat menghalang kebajikan, melanggar batas lagi ragu-ragu,
26. Yang menyembah sembahan yang lain beserta Allah maka lemparkanlah dia ke dalam siksaan yang sangat ."
27. Yang menyertai dia (Syaitan) berkata (pula): "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh."
28. Allah berfirman : "Janganlah kamu bertengkar di hadapan-Ku, padahal sesungguhnya Aku dahulu telah memberikan ancaman kepadamu."
29. Keputusan di sisi-Ku tidak dapat diubah dan Aku sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Ku
30. (Dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada jahannam : "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab : "Masih ada tambahan?"
31. Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka).
32. Inilah yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya)
33. (Iaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat,
34. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari yang kekal.
35. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya.

Astaghfirullah al-Aziim...

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini dalam mentaati titah perintah-Mu.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

1 comments: on "Sanah Helwah"

Princess Zuliana said...

selamat hari lahir saudara.. maaf ye, terlewat pulak..~ semoga saudara berbahagia bsama keluarga tersayang.. dan bhati2 di jalan raya..(mcm ucapan raya pulak, ok lah kot) :)
dari sahabat yang jauh..