photo Al-Attas.jpg
 photo pesan.jpg

Wednesday, January 25, 2012

Halal Haram: Nombor E



“Cuba tengok apa yang terpampang kat produk tu?”

“E102. Apa dia ni?”

Saya tersenyih melihat respon spontan sahabat saya ketika kami sama-sama membeli-belah di pasar raya. Pastinya ramai antara kita yang tidak tahu apalagi faham tentang Nombor E. Walhal penggunaannya sangat meluas dalam penghasilan produk makanan.

E100 – E199
Pewarna


E200 – E299
Pengawet


E300 – E399
Oksidan

Fosfat
Antioksida
Pengawal Asid

E400 – E499
Pemekat

Pelembap
Penstabil
Emulsifier

E500 – E599
Garam

Regulator Asid
Agen Penghalang Kerak

E600 – E699
Penambah Perasa


E900 – E999
Pemanis

Bahan-bahan lain

E1000 –E1999 Bahan kimia tambahan


Ya, ramai orang yang tidak tahu soal Nombor E. Juga dikenali sebagai Kod E. Nombor E ialah kod nombor untuk bahan tambahan (aditif) dan ianya digunakan secara meluas pada label makanan di Negara Kesatuan Eropah (EU). ‘E’ itu sendiri akronim bagi Eropah. Bahan aditif ialah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja ke dalam makanan dalam kuantiti yang terkawal bagi mempengaruhi, memperbaiki atau mengekalkan kualiti penyimpanan, pemprosesan, penyediaan dan pembungkusan makanan.

Penomboran E adalah mengikut Sistem Penomboran Antarabangsa (International Numbering System @ INS) yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Codex Alimentarius.

Codex Alimentarius ialah dari bahasa Latin yang bermaksud ‘kod makanan’ atau ‘buku makanan’. Ia adalah koleksi pelbagai standard, kod praktis dan panduan antarabangsa yang diiktirag berkaitan dengan makanan, pemprosesan makanan dan keselamatan makanan bagi bertujuan menjaga kesihatan pengguna dan memastikan kod perdagangan yang beretika dijalankan.

Tidak semua Nombor E yang digunakan untuk membuat sesuatu produk makanan adalah datang dari sumber yang haram. Pemahaman yang salah ditambah dengan khabar angin yang menyatakan bahawa Nombor E bersumberkan khinzir semata-mata. Ironinya tidak begitu. Bahan-bahan aditif ini ada yang bersumberkan tumbuhan, sintetik, mikroorganisma, kimia dan haiwan. Harus diingat, Nombor E bukanlah menunjukkan kepada sumber mana aditif itu diambil. Tetapi ia adalah merujuk kepada fungsi dan pengaruhnya kepada sesuatu produk.

"Macam mana dengan E471? Orang kata haram." Bersungguh benar dia bertanya.

E471 adalah Nombor E yang paling popular dan sering ditanya oleh pengguna Muslim. Tambah menyesahkan apabila banyak hebahan-hebahan melalui email tentang E471 yang tidak berasas. Asal E471 saja, khinzir. Asal E471, mesti haram. Bukan! Ia tidak begitu!

E471 adalah sejenis pengemulsi iaitu mono dan digliserida. Sumbernya adalah dari lemak sintetik yang terhasil daripada gliserol dan asid lemak semulajadi terutamanya dalam tumbuhan (contohnya minyak kelapa sawit) atau lemak haiwan.

Kita mesti faham bahawa pensijilan halal melalui prosedur yang ketat dan professional. Justeru, setiap ramuan, formulasi dan bahan mentah telah diaudit oleh pegawai syariah dan teknikal yang pakar dalam bidang masing-masing. Apabila sijil halal diberikan kepada sesuatu produk, ianya sudah melepasi prosedur dan standard halal yang telah ditetapkan.

Sudah masanya untuk masyarakat mulai peka mengenai jenis aditif makanan dan tahap kandungan yang dibenarkan penggunaan dalam sesuatu produk makanan. Lebih dari itu, ialah memastikan bahawa halal sentiasa menjadi keutamaan kita.

Kata Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin, bahawa pahala ibadah akan hilang dengan makanan yang haram kerana makanan halal adalah asas segala ibadah.


| Ikuti penulisan saya dalam kolum Halal Haram di Majalah Q&A.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Halal Haram: Nombor E"